Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 29, 2012

Bazar Ramadhan di Pendang


Begini lah sesaknya setiap petang di Bazar Ramadhan Pendang.
Sepanjang bulan puasa ni, bermacam-macam masakan dan kueh
mueh serta aneka minuman dijual di sepanjang jalan di depan
pejabat Majlis Daerah Pendang.



Nak Jus Naga (Dragon Fruit) - ade......,



Nak Gulai Itik ke, Ayam Kampung ke..... ade!!!!!






Nasi Lemak Daun Pisang ?????, pun ade....


Ada lepat liat, ada pulut bakar, ada siakap bakar, ada satay bakar, ada daging bakar,
ada lemang bakar, 
ada cucur udang, ada cucur badak, ada cucur keria, ada cucur apa  lagi ya,,,,,
karipap, telinga kera, kue pelita, lepat liat, lepat pisang, donut, cempedak goreng,
nangka madu, durian, manggis, dokong, rambutan, mata kucing, buah kundur,

Air pulak.... tok sah cerita lah. Semua jenis ade...
Tak tahan tengok air mata kucing,  meleleh air liur.
Yang famous kat sini adalah air bunga, tu lah yang campur macam-macam tu
dan warna-warni lagi.

Awat la cek tak ingat nama dia....



Yang jual Roti John pulak ada tiga empat gerai.... trend baru kot!!!


Popia tu biasa lah, kat mana-mana pun ada.

OK, berbuka tu biarlah sederhana.
Sama-sama beroleh berkat berpuasa.
"Mari beramal"


Sunday, July 8, 2012

Musim Manggis dan Durian

Dah masuk musim buah-buahan tempatan.
Durian, Manggis dan Rambutan.
Duku langsat belum nampak lagi.

Musim buah tembikai dah nak sampai
penghujung kot...Sempat lagi bulan puasa ni.

Tapi durian dah melonggok merata-rata.
Dua longgok sepuluh ringgit
OK lah tu....