Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 16, 2012

Visited by International Business Manager

Hah.... hari ini dalam sejarah.
Tanpa disangka, minggu lepas dapat pengesahan
dan temu janji dari Manager baru untuk lawatan
ke Cili Pendang.

Jadi pagi-pagi lagi dah bangun dan sarapan
untuk persediaan ke kebun kami. Nasi goreng,
teh panas dan dalam perjalanan sempat juga beli
nasi lemak Pendang, Donut dan Cucur badak
sebagai bekalan. Di tambah lagi Teh O panas dua balang
dan air mineral. Bawa bekal macam tak nak balik dua hari.

Inilah foto International Business Manager tu...
Muda lagi dan bersemangat kental.



Tiba di kebun jam 8.30, dan matahari dah tinggi.
Tugas nya memilih benih pisang yang berkualiti
dan mengorek anak untuk proses pemindahan.





Hebat orangnya dan tahan lasak jugak. Berpanas dan
berpeluh sampai ke tengah hari.

Masa rehat, usya-usya pulak kat Kelapa Muda...
Tapi cari galah tak jumpa....





Ini lah rezeki hari ini.








Sunday, June 10, 2012

Meracun dan pindah anak pisang.

Dah masuk minggu kedua kerja-kerja membersih dan meracun
dilakukan. Cuaca tak menentu, kekadang mendung dan kadang kala
panas membara.

Sempat juga memindah anak-anak pisang ke tempat baru
dua hari lepas. Nasib baik lah tanah agak lembut selepas hujan
semalaman.


Tapak tangan habis pecah-pecah dan kematu dibuatnya.
Maklum lah agak lama tak pegang cangkul....


Monday, June 4, 2012

Pisang ku dan anak-anak nye....


Ni pisang ku yang aneh.
Kemarin, sebelum pi makan kenduri, sempat gak
jenguk kat kebun pisang ku. Terjumpa tandan pisang yang lain
dari kebiasaan.



Buah dari pokok lain, macam biasa je....
Tapi banyak yang jadi rezeki burung dan tikus.



Misi aku seterusnya adalah memindahkan anak-anak pisang yang subur ke
tempat baru. Banyak anak pokok yang tumbuh selepas batang ibunya
dipotong. Ada yang empat lima anak pokok di satu rumpun.



Pokok-pokok pisang ni nampak nya boleh bernafas kembali setelah
rumput dan pokok lilit diracun dan sekitarnya dibersihkan.
Harapkan buah-buah seterusnya lebih lebat dan bersaiz besar.