Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 1, 2012

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka, oh pisang ku.

Selalu nya Salam 1 mSIA.
hARI NI sALAM mErDeKa.....

Pisang ku pun dah Merdeka juga, baru keluar JANTUNG baru.




Ada gak yang "Patah Tengkuk" di serang Angin Ahmar kot.
Siannnn dieeee.....


Minggu ni sempat tanam 30 pokok baru.
Ada 4 pokok anak Berangan di import dari Gua Musang.
InsyaAllah, sihat..dan beranak pinak dengan banyak nyaaaaaa.



Sunday, July 29, 2012

Bazar Ramadhan di Pendang


Begini lah sesaknya setiap petang di Bazar Ramadhan Pendang.
Sepanjang bulan puasa ni, bermacam-macam masakan dan kueh
mueh serta aneka minuman dijual di sepanjang jalan di depan
pejabat Majlis Daerah Pendang.



Nak Jus Naga (Dragon Fruit) - ade......,



Nak Gulai Itik ke, Ayam Kampung ke..... ade!!!!!






Nasi Lemak Daun Pisang ?????, pun ade....


Ada lepat liat, ada pulut bakar, ada siakap bakar, ada satay bakar, ada daging bakar,
ada lemang bakar, 
ada cucur udang, ada cucur badak, ada cucur keria, ada cucur apa  lagi ya,,,,,
karipap, telinga kera, kue pelita, lepat liat, lepat pisang, donut, cempedak goreng,
nangka madu, durian, manggis, dokong, rambutan, mata kucing, buah kundur,

Air pulak.... tok sah cerita lah. Semua jenis ade...
Tak tahan tengok air mata kucing,  meleleh air liur.
Yang famous kat sini adalah air bunga, tu lah yang campur macam-macam tu
dan warna-warni lagi.

Awat la cek tak ingat nama dia....



Yang jual Roti John pulak ada tiga empat gerai.... trend baru kot!!!


Popia tu biasa lah, kat mana-mana pun ada.

OK, berbuka tu biarlah sederhana.
Sama-sama beroleh berkat berpuasa.
"Mari beramal"


Sunday, July 8, 2012

Musim Manggis dan Durian

Dah masuk musim buah-buahan tempatan.
Durian, Manggis dan Rambutan.
Duku langsat belum nampak lagi.

Musim buah tembikai dah nak sampai
penghujung kot...Sempat lagi bulan puasa ni.

Tapi durian dah melonggok merata-rata.
Dua longgok sepuluh ringgit
OK lah tu....






Saturday, June 16, 2012

Visited by International Business Manager

Hah.... hari ini dalam sejarah.
Tanpa disangka, minggu lepas dapat pengesahan
dan temu janji dari Manager baru untuk lawatan
ke Cili Pendang.

Jadi pagi-pagi lagi dah bangun dan sarapan
untuk persediaan ke kebun kami. Nasi goreng,
teh panas dan dalam perjalanan sempat juga beli
nasi lemak Pendang, Donut dan Cucur badak
sebagai bekalan. Di tambah lagi Teh O panas dua balang
dan air mineral. Bawa bekal macam tak nak balik dua hari.

Inilah foto International Business Manager tu...
Muda lagi dan bersemangat kental.



Tiba di kebun jam 8.30, dan matahari dah tinggi.
Tugas nya memilih benih pisang yang berkualiti
dan mengorek anak untuk proses pemindahan.





Hebat orangnya dan tahan lasak jugak. Berpanas dan
berpeluh sampai ke tengah hari.

Masa rehat, usya-usya pulak kat Kelapa Muda...
Tapi cari galah tak jumpa....





Ini lah rezeki hari ini.








Sunday, June 10, 2012

Meracun dan pindah anak pisang.

Dah masuk minggu kedua kerja-kerja membersih dan meracun
dilakukan. Cuaca tak menentu, kekadang mendung dan kadang kala
panas membara.

Sempat juga memindah anak-anak pisang ke tempat baru
dua hari lepas. Nasib baik lah tanah agak lembut selepas hujan
semalaman.


Tapak tangan habis pecah-pecah dan kematu dibuatnya.
Maklum lah agak lama tak pegang cangkul....


Monday, June 4, 2012

Pisang ku dan anak-anak nye....


Ni pisang ku yang aneh.
Kemarin, sebelum pi makan kenduri, sempat gak
jenguk kat kebun pisang ku. Terjumpa tandan pisang yang lain
dari kebiasaan.



Buah dari pokok lain, macam biasa je....
Tapi banyak yang jadi rezeki burung dan tikus.



Misi aku seterusnya adalah memindahkan anak-anak pisang yang subur ke
tempat baru. Banyak anak pokok yang tumbuh selepas batang ibunya
dipotong. Ada yang empat lima anak pokok di satu rumpun.



Pokok-pokok pisang ni nampak nya boleh bernafas kembali setelah
rumput dan pokok lilit diracun dan sekitarnya dibersihkan.
Harapkan buah-buah seterusnya lebih lebat dan bersaiz besar.







Wednesday, March 14, 2012

Pisang dah berbuah

Selepas setahun lima bulan, pokok pisang kami akhirnya berbuah.
Sebahagian nya dah pun boleh di tebang.

Ini keadaan pokok yang penuh dengan anak-anak baru yang belum
dipindahkan. Buahnya kurang berisi kerana agak terbiar.



Daun-daun kering pun tidak terurus, yang sepatutnya di buang dari
masa kesemasa untuk kesegaran pokok.
Di harap sesiapa yang tanam pisang tidak mengikut jejak langkah kami.



Setiap pokok mempunyai banyak anak yang membiak dan akan di alihkan
ke tapak baru yang masih kosong.




Selain dari pisang Nangka dan Emas, ada terdapat pisang awak yang sesat.
Mungkin masa dulu tersilap ambil benih.



Saturday, March 10, 2012

Memancing di kolam Pok Kaq IRON Lake Resort


Emmmmm.... tak sampai 30 minit, 2 ekor ikan BESORRRR dapat dinaikkan.
Tengok ni:-

Satu Ikan Terbang, lagi satu ikan Dayung.




Macam-macam jenis ikan dok ada kat sini.
Jelawat, Patin, Rohu, keli, haruan pun ada, lagi dan lagi....

Letih ka lu......,  boleh pekena AIs KaCaNg, BihuN SoUP, Teh Tarrikkkk,
masakan Panasss dan sejuk. Order aje dari AbDiN kat situ.

Nak tahu kat mana?
Pi kat Pekan Pendang dan tanya depa-depa tang tu, mesti tau punya.
PoK Kaq Toke' Kambing atau IRON Lake Fishing Village.

Oh ya, siap ada Pertandingan Juara Bulanan. Dapat duit TuNAi..
Rekod dok ada la ni, dalam 19kg/ekor.
Tiap-tiap minggu ada Pesta Pertandingan Memancing.

...





OK,
Jumpa di sana, di sana, di sanaaaa...