Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 17, 2010

Ternakan Burung Puyuh

Di musim cuti ni, berkesempatan melawat tempat
ternakan puyuh. Projek yang dilakukan secara
sambilan oleh abang di kampung.





Reban yang dibina secara ringkas terletak
dibelakang rumahnya. Di buat dari kayu dan
berdindingkan kawat mata punai.
Nampak cukup mudah, ringkas dan kos yang
amat kecil.



Buat permulaan, Abang cuma membela lebih
kurang 100 ekor dengan kutipan telur 100 biji sehari.
Katanya puyuh ni hanya mengambil masa dalam
40 hari untuk bertelur dari masa mula pelihara.
Bekalan anaknya diperoleh dari pasar saja.



Oleh kerana permintaan dari kawan dan pengendali
restoran amat menggalakan, dia terpaksa menambah
lagi bilangan anak-anak puyuh baru.
Mungkin terpaksa memperbesarkan reban yang
sedia ada sekiranya ingin 200 ke 300 ekor lagi.
.
Banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menampung
permintaan baru, bukan setakat reban saja, tapi
bajet untuk makanan dan pembiayaan pusingan
modal baru.

Cukup sekadar yang ada dulu sebagai kerja sampingan
dan duit poket tambahan untuk anak-anak sekolah.
Buat projek apa pun, biar berpada-pada .
Sokongan dan galakan dari keluarga amat memberi
semangat dalam apa usaha sekiranya ingin kekal
dan bertahan maju.
Sekian.

1 comment:

ayam said...

salam....saya nak bertanya adakah memeihara puyuh lebih senang daripada ayam...dan berapakah kosnya untuk membela puyuh....tima kasih..

http://ayam-malaysia.blogspot.com/