Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 25, 2010

Kenangan di Ladang Nenas

Ini adalah foto kenangan semasa memulakan
projek nenas dulu. Bukan saja orang dewasa
yang teruja apabila memulakan satu-satu projek
baru, Kanak-kanak pun tumpang gembira dapat
pengalaman baru, bermain lumpur.









Kebetulan proses menanam dilakukan waktu
musim hujan. Apa lagi, parit penuh dengan air
bukit yang turun mencurah-curah.

Masing-masing seronok bermain dengan air deras
dan bertakung.

Begitu ceria seisi keluarga dan boleh dijadikan aktiviti riadah
yang sihat bagi sesiapa yang berminat dalam projek tani.



Sekian.
Wassalam

Sunday, November 21, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Musim Tengkujuh - Makan Ikan Darat, Puyu dan Haruan

La ni dah masuk musim hujan.
Tiga empat hari hujan tak berenti.
Kedah Perlis di landa banjir yang agak teruk.



Kat tempat kami, banyak sumber rezeki datang
dari aliran anak sungai yang melimpah.
Kalau rajin tahan pukat atau jaring kat anak
sungai, boleh dapat banyak ikan. Ikan haruan,
ikan puyu, ikan keli dan ikan sepat.
Tapi Sepat ni dah tak banyak, mungkin nak
pupus kot. Keli dan puyu pun tak banyak yang saiz
besar. Tapi kalau makan, yang sedang ni lah sedap
buat gulai lemak atau goreng.









Di nasihatkan sesiapa yang nak tangkap ikan ni, mesti
berhati-hati sikit pasal air deras. Memang lah seronok
buat kerja gini, ditambah pulak dalam keadaan basah
kuyup. Lepas makan, tidur pun lena....