Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 17, 2010

Pasar Sabtu Pendang - Jom lah, mai singgah!!!

Selamat Datang Ke Pekan Pendang.




Kalau anda berkesempatan singgah ke Pekan Pendang pada Hari Sabtu,
anda boleh melihat betapa meriahnya suasana di Pekan ini.

Setiap Hari Sabtu, pagi-pagi lagi peniaga-peniaga sibuk
memunggah barang-barang mereka untuk persiapan memulakan
perniagaan mereka di Pasar Hari Sabtu.

Tempatnya adalah tapak letak kereta belakang Pasar Pendang.

Buah tembikai tempatan - Sungguh manis.






Seelok-eloknya anda datang lah pagi-pagi. Baru dapat bekalan
yang segar. Macam-macam adaaaa....
Bukan setakat lauk-pauk, ikan, daging, sayuran dan ulam. Tapai beras,
nasi lemak, barang dapur dan lain-lain.

Yang berminat dengan sup, boleh beli tulang buat sup. Yang paling bestnye
ialah perut kitab. Kalau rebus dan cecah air asam, meletup jawabnye.
Perut kitab kat sini, boleh dapat yang lembut punya. Sebab dia
orang bekalkan dan sembelih lembu muda. Tapi kalau lambat
biasanya "SOLD OUT". Kekadang dah ada orang booking.

Kalua kat tempat lain tu, rasanya rebus satu jam belum tentu
boleh makan lagi.

Buah-buahan jangan di kiralah. Setakat durian, tembikai, langsat,
limau, rambutan dan nangka ada bersepak. Mempelam Siam pun ada.

Yang paling istemewanya kat sini ialah gerai jual rokok daun.
Ada lah dua tiga gerai. Memang laris. Mungkin pasal rokok
Dunhill dah mahal kot. Lagi pun kat sini, ramai kalangan
orang lama. Dah biasa dengan rokok daun. Dulu kebanyakan
mereka hisap cerut. Sekarang ni dah kurang kot, pasal baunye
kau sangat. Cucu dan menantu tak berkenan gamak nye!!!!

Last sekali, kalau dah selesai beli-belah tu, jangan lupa beli
air cendul pulut dan ABC bawa balik kat anak-anak.
Apam balik pun menyelerakan jugak.

OK, salam singgah buat semua.
Jangan terlewat pulak, pukul 12 tengah hari, dia orang
semua dah belahhhh.......

6 comments:

Zauzeti said...

very interesting

CILI PENDANG Nizar said...

Thank you Zauzeti.

Your blog is very classic and artistic.
Wish to go deeper into it's rythm.
Luck on you.

author faethal said...

Last pegi Pendang tahun 2002. Memang best kat Pendang, sempat sampai ke Bukit Jenun.
Bila la nak sampai lagi kat sana..
Rindukan pandangan sawah padi di sana..

Anonymous said...

Mai lah lagi, tengok Pendang
la ni. Hebat sungguh!!!!!!!

Dah peast membangun, sejak ada
TOL Plus keluar terus ke Pekan Pendang.

Azmi said...

A,kum....Bila tengok Pendang Teringat Bandar Alor Star....Tapi apakan Daya mungkin sush nak pegi sana dah.....31 Mei Lepas Abnag Ipar Telah Meninggal Dunia...sakit Jantung (40Thn)....Susah dah nak pegi sana.....Tinggal memori kat Alor Staq...G Langkawi......Semoga Rohnya dirahmati Allah...Al Fatihah

Tasya Amir Haiqal said...

Takziah buat En. Azmi.
Banyakkan sedekah buat arwah.
Semalam anak kawan pun meninggal.
Baru 8 tahun. Tetiba koma.
Bersih berseri airmukanya. Semuga
menjadi penghuni shurga, insyaAllah.