Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 17, 2010

Pasar Sabtu Pendang - Jom lah, mai singgah!!!

Selamat Datang Ke Pekan Pendang.




Kalau anda berkesempatan singgah ke Pekan Pendang pada Hari Sabtu,
anda boleh melihat betapa meriahnya suasana di Pekan ini.

Setiap Hari Sabtu, pagi-pagi lagi peniaga-peniaga sibuk
memunggah barang-barang mereka untuk persiapan memulakan
perniagaan mereka di Pasar Hari Sabtu.

Tempatnya adalah tapak letak kereta belakang Pasar Pendang.

Buah tembikai tempatan - Sungguh manis.






Seelok-eloknya anda datang lah pagi-pagi. Baru dapat bekalan
yang segar. Macam-macam adaaaa....
Bukan setakat lauk-pauk, ikan, daging, sayuran dan ulam. Tapai beras,
nasi lemak, barang dapur dan lain-lain.

Yang berminat dengan sup, boleh beli tulang buat sup. Yang paling bestnye
ialah perut kitab. Kalau rebus dan cecah air asam, meletup jawabnye.
Perut kitab kat sini, boleh dapat yang lembut punya. Sebab dia
orang bekalkan dan sembelih lembu muda. Tapi kalau lambat
biasanya "SOLD OUT". Kekadang dah ada orang booking.

Kalua kat tempat lain tu, rasanya rebus satu jam belum tentu
boleh makan lagi.

Buah-buahan jangan di kiralah. Setakat durian, tembikai, langsat,
limau, rambutan dan nangka ada bersepak. Mempelam Siam pun ada.

Yang paling istemewanya kat sini ialah gerai jual rokok daun.
Ada lah dua tiga gerai. Memang laris. Mungkin pasal rokok
Dunhill dah mahal kot. Lagi pun kat sini, ramai kalangan
orang lama. Dah biasa dengan rokok daun. Dulu kebanyakan
mereka hisap cerut. Sekarang ni dah kurang kot, pasal baunye
kau sangat. Cucu dan menantu tak berkenan gamak nye!!!!

Last sekali, kalau dah selesai beli-belah tu, jangan lupa beli
air cendul pulut dan ABC bawa balik kat anak-anak.
Apam balik pun menyelerakan jugak.

OK, salam singgah buat semua.
Jangan terlewat pulak, pukul 12 tengah hari, dia orang
semua dah belahhhh.......

Monday, May 3, 2010

Cili Api dan Limau Kasturi di Cili Pendang

Limau Kasturi kami dah mula berbuah lagi, walau pun dah masuk
6 tahun umurnya. Kami biarkan tanpa sebarang baja tambahan.
Tapi pokoknya masih "stedi" dan mengeluarkan bunga tanpa henti.
Boleh lah tambah pendapatan buat belanja anak pi tuishen.

Sekali jual dapat lah 5-6 puluh RM.
Harapkan cili, dah kurang buahnya.






Tahun lepas, lebih dari separuh pokok-pokok lama dah kami lupuskan.
Yang tinggal hanya yang sihat saja.
Sebahagian nya adalah pokok limau nipis.
Tapi buahnya dah teramat kurang.

Di bawah ni pulak pokok cili api kami yang dah tua.
Umurnya baru je 6 bulan tapi dah tak boleh berbuah.
Mungkin dulu nya cuaca agak terlalu panas.
Habis jadi kering dan kerinting.



Tapi ada juga yang berbuah. Tak banyak lah macam mula-mula dulu.



Di segi penjagaan, rasanya cili api ni lebih mudah berbanding dengan
cili kulai dulu. Kerja meracun dan membaja tidak lah seteruk cili kulai
yang mana amat sensitif.

Kami masih lagi dalam proses untuk meneruskan dengan tanaman cili kulai
lagi dalam masa terdekat. Sekarang ni kerja-kerja tapak dan batas belum
selesai dan tergendala.
Dulu disebabkan tanah terlalu kering. Tapi sekarang ni pulak jentera membajak
sibuk dengan tugas bendang. Hujan dah mula turun, boleh lah sambung kerja
menanam.

OK, masa amat terhad untuk bersama laptop pasal pinjam orang punya
broadband. Sendiri belum ada lagi....
Yang lama dah kena potong. Leceh betullll....
Wassalam.