Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 1, 2010

Panas Terlampau dan Melampau

Teruk kerja tani seminggu dua ni. Lebih baik pi buat kerja kilang.
Mana tak nya, baru pukul 10 pagi dah berderau peluh. Matahari
memancar terik, tak ada tempat nak berlindung atau menyorok.




Nasib baik ada gak pokok kelapa buat pelindung.
Bekal air sekejap je habis. Kerja meracun runput baru separuh siap.
Kena pulak kalau menyiram pakai manual. Lagi teruk.
Apalah nasib. Belum masuk kerja membaja lagi.

Tapi yang bagusnya, rumput kurang tumbuh. Pasal tanah kering.
Jadi kerja merumput dah kira zero lah.




Macam ni lah kerjaya Pak Tani.
Sapa-sapa yang berminat, bolehlah mencuba.
Boleh test skill, stamina dan kesabaran berdepan dengan
alam semulajadi Malaysia. Fizikal dan mental mesti lah kuat.

Sekarang ni dah kena buat part time menoreh getah pulak.
Kalau tidak miss soru. Anak-anak nak makan, nak pi sekolah,
nak beli buku, nak macam-macam.
Mana boleh tahan, hasil tani dah tipis. Buah Limau Nipis pun
keluar buah tak banyak.Kasturi  je ada sikit-sikit.
Pokok Cili pulak kemetot habis. Bendi entah
apa jadi, tak mau keluar buah. Merajuk agaknya.
Kurang baja lah tu. Mungkin jugak tak sesuai dengan cuaca
dan tempat kot.

Nampak gaya, musim yang akan datang ni kena tanam pokok
jenis lain pulak. Tanam tebu ke atau tanam jagung. Mesti cuba baru tau.
Kena modal lagi. Nak clear tapak dulu. Nak putar tanah, nak buat batas,
Kalau asyik mencuba pun teruk jugak, pasal hasil belum tentu lagi.
Modal habis lagi parah.

Nanti lah pikir dulu.........

1 comment:

ijoks2009 said...

Salam blogger,maaf tajuk N3 tu saya kira kurang manis dari segi adat dengan tuhan.seolah-olah nak menyalahkan tuhan dlm hal ini.Seeloknya gunakan perkataan yg lebih manis di dengar.