Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 18, 2010

Cili Pendang mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat NIK AZURI

Sekarang ni tengah musim cuti sekolah.
Minggu lepas, CILI PENDANG balik berkunjung ke rumah
kakak di Tanah Merah menghadiri PESTA KENDURI KAHWIN
anaknya yang kedua, NIK AZURI.





Hari AHAD, 14 Mac 2010 adalah hari kenduri kawin Kak Yuyi.
Majlis AKAD NIKAH pada malam nya diadakan di Masjid Bendang Nyior.
DI hadiri oleh keluarga kedua belah pehak.




Sehari sebelum tu, CILI PENDANG menghadiri KENDURI KAHWIN anak kepada kakak ipar CILI PENDANG. Majlis berlansung di FELDA Kemahang. Pasangan nya adalah dari Negeri Sembilan.




Perjalanan ke Kelantan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari
Pendang Tanah Merah.  Kami sekeluarga bertolak awal pagi pukul
8.00 dan selamat tiba tengah hari sebelum Zohor.
Oleh kerana, musim cuti sekolah, kenderaan menuju
ke Pantai Timur agak banyak dengan aliran yang perlahan.

Majlis kenduri di rumah PENGANTIN LELAKI pula
di buat pada hari Selasa 16 Mac 2010.
Majlis yang sederhana ini di adakan di BUKIT PANAU,
Tanah Merah, Kelantan.
Kedua-dua mempelai akan kembali ke JOHOR setelah
selesai majlis kenduri kerana keduanya bekerja di sana.

Cili Pendang mendoakan agar kesemuanya bahagia ke anak
cucu dan dikurniakan zuriat secepat mungkin.

1 comment:

ijoks2009 said...

Selamat pengantin baru