Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 11, 2010

Pak Tani dengan Lembaran baru 2010 yang tempang

Tuan puan,
Agak lewat bagi Pak Tani untuk "merealisasikan" suasana tirai baru 2010 ini.
Mungkin tahap IQ pak tani yang agak rendah dan lembab untuk 'catch up'
dengan situasi semasa. Bagi pak tani ni, permulaan tahun baru ini memang
memeritkan.

Bisnes teruk. Tiada pelanggan


Bayangkan dengan keadaan nilai duit yang semakin kecil berbanding dengan
paras harga barangan semasa, kebanyakan petani merasa terhimpit dengan
perbelanjaan harian bagi menempuh tahun baru.

Kita ambil contoh bagi keluarga tani yang mempunyai 3 anak sekolah
yang baru bermula seminggu dua ini. Persiapan yang paling minima adalah
pakaian sekolah, baju, seluar, kasut dan bag serta alatan tulis.
Paling sikit pun hampir RM170 seorang. Baju 2 X RM 21, seluar 2 X RM35,
kasut RM 23, bag sekolah RM 35 dan alatan tulis.
Kalau dah 3 beradik maunya RM500 lebih.

Masuk pulak ke sekolah.
Pendaftaran nya hampir RM 100 setiap orang, walaupun kerajaan bagi
tau RM 24.50 sekolah rendah dan RM 28.50 sekolah menegah.
Sebabnya kita kena buat bayaran tambahan yuran peralatan, yuran
ko kurikulum, PIBG dan lain-lain yuran.
Kalau tiga beradik dah masuk RM300.

Jadinya awal-awal tahun dah cecah RM800 lebih.
Lepas tu kena kira yuran bas atau van sekolah. Lagi kena tambah
yuran mengaji Iqrak, dan kena pikir pasal kelas tuisyen lagi.

Rasa-rasanya beban macam gini bukan setakat petani saja kot,
bagi yang kerja swasta dan gomen pun sama jugak. Cuma mereka
tu dah tentunya ada pendapatan tetap bulanan. Boleh top up hujung bulan.
Cuma pak tani ni hanya bergantung pada jualan cabai, atau bendi atau pun
jual itik. Ini pun ikut musim, kalau ada hasil adalah pulusnya.

Tup-tup kita di khabarkan dengan kenaikan harga gula, roti, ikan, sayur
dan lain-lain. Purata kenaikan barang harian antara 10 ke 15% dari komen
pengguna dalam berita TV. Parah niiii.....

Pak tani ni semakin tua, manalah larat nak naikkan pendapatan ke 15% lagi.
Yang kerja swasta pun belum tentu dapat kenaikan 15%. Mungkin kena
potongan gaji lagi pasal bisnes dan ekonomi yang masih merosot.

Kesimpulannya, kebanyakan kita ni hidup dalam bajet yang defisit.
Maknanya duit yang keluar tu lebih dari yang masuk. Kena berutanglah.
Sampai bila ?????

Pak2 menteri tu tulung lah fikir sama, kesian lah kat kita orang ni.
Orang kampung tak buleh wat apa dah. Nak jana duit lebih, mesti
ada modal untuk buat projek baru atau nak perbesarkan projek
sedia ada. Kalau tiap-tiap bulan asyik dengan baki yang negatif dan
tambah hutang, macam mana nak kumpul modal.
Tapi berita gomen lain pulak. Duit perabis kat projek yang juta-juta
tapi hasilnya KO. Runtuh sana sini. Enjin juta-juta lesap. Pemaju
rumah buat lingkup, gomen yang top up. Orang bakar gereja, gomen
tolong bagi duit buat semula. Jenayah ragut tiap-taip hari keluar.
Macam-macam kes tipu dilapurkan kat akhbar. Ketua polis kata
kakitangannya tak cukup, pembaziran dari lapuran audit dulu
dah senyap, kemalangan jalan raya pulak dah jadi biasa pulak.
Banyak sangat berita negatif ni......

Ni yang buat prestasi dan semangat tani makin reput. Makin malas
lah nak buat kerja kalau otak dok berserabut. Nak lipat gandakan
usaha macam mana lagi. Last-last dia orang cakap, orang Melayu ni malas kerja.
Ayat yang paling tak membina.

Tuan-tuan,
Tolong lah bagi ayat-ayat yang power sikit.

Salam dari Pak Tani.
2010

No comments: