Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 30, 2009

Sepintas Lalu Kearah 2010 - Bahagian 1 (Projek Limau Nipis & Kasturi 2001)

Selamat Bahagia,

Hari ni dah masuk ke bulan Disember 2009 dan kita hanya ada sebulan lagi
kearah 2010. Banyak yang telah di SLOGAN kan sebelum ini yang menetapkan
tarikh 2010 atau MENJELANG 2010 sebagai titik penamat bagi pencapaian
dan penentu kejayaan satu-satu projek.

Jadi dirasakan amat sesuai bagi kita semua menilai kembali apakah yang telah
kita capai atau kecapi dari hasil usaha yang lepas-lepas kearah meletakan dan
memantapkan misi yang seterusnya kearah pendapatan tinggi.
Ini adalah "Misi" baru kerajaan kita masa ini untuk golongan petani..




Bagi kami, masa ini ingin digunakan untuk mengimbau projek-projek yang
telah kami ceburi dalam mencari formula yang baik ke arah projek yang
lebih berdaya maju.




Kami memulakan Projek Tanaman Limau Nipis & Kasturi pada tahun 2001.
Jumlah pokok yang ditanam adalah dalam 500 pokok dan menggunakan
anak benih dari Johor.
Kerja-kerja melapang tapak dengan menggunakan trektor bagi
mengorek pokok2 memmpelam tua dan pokok2 kelapa dimulakan
waktu kemarau awal 2001. Kemudian kami membeli 2500 benih Pisang
Nangka dan Emas dari kawan kami di Kuala Ketil untuk ditanam sebagai
tanaman pelindung. Anak benih limau di pindahkan pada bulan Mac.
Baja pemula yang digunakan adalah baja tahi ayam yang kami beli
dari syarikat bumiputera di Kg. Baru Gajah Putih.
Setelah pokok berumur 2 tahun, kami gunakan baja buah cap

Kelapa Sawit dari pembekal baja kimia.




Hasil yang menggalakan diperoleh selepas 2 1/2tahun ditanam dan kami
edarkan ke merata tempat seperti Restoran Tomyam, Nasi Kandar dan
pasar di kawasan Alor Star, Sungai Petani dan kadang kala ke Pasar Seberang Jaya.


Pada tahun 2004, hasil Limau Kasturi melebehi permintaan dan harga di paras
yang paling teruk iaitu hanya sekitar RM 0.40 berbanding RM 1.00 ke RM 1.20.
Jadi kami melaburdalam pembelian mesin memerah limau dan kami proses hasil
Kasturi untuk Jus Minuman Kasturi.


Jus-jus ini kami hantar ke kedai Runcit sekitar Kulim dan Sungai Petani.
Sambutan agak baik dan sistem pembayaran adalah "consumed and pay".
Kaedah orang jual kueh-kueh lah. Hantar pagi, petang amik duit berapa
yang laku. Yang tak abis tu, makan sendiri lah.
Oleh kerana jus kami tidak menggunakan perasa karbonat, tarikh luput
nya agak pendek. Kami memproses secara manual dari perahan buah,
masak, campuran pewarna, membotol dan melabel.

Pengalaman diatas banyak mengajar kami dalam bidang perniagaan tani
dari mula menanam hingga ke produk hiliran dan strategi pemasaran.
Kami juga di temuramah oleh Agribazaar Team dari KL untuk paparan
laman web dan Pameran Pertanian Dewan Milenium Kepala Batas.

- bersambung -



5 comments:

Azmi said...

A,kum.....gambar yang pegang Dragon Fruit tu saya>>azmi

http://jackfruit-azmi.blogspot.com

CILI PENDANG Nizar said...

Oh ya, member lama ni.....

Misai kucing ada tak?

Azmi said...

Tak der..Dragon pun dah ditukar dengan Nangka Madu....

Anonymous said...

I'm really impressed with your writing skills as well as with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you customize it yourself? Anyway keep up the excellent quality writing, it is rare to see a nice blog like this one these days.

My webpage healthy diet

MDA Arif said...

salam..disini saya ada nak perkenalkan Baja Bio-One-Plus..
baja cecair mikro


Kandungan:
Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.

Kebaikan:
Bio oneplus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.

FUNGSI UTAMA PRODUK
- Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
- Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
- Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
- Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
- Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
- Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan


KELEBIHAN BAJA BIO-ONE PLUS
1.KANDUNGAN SEBOTOL 5LITER
2.LEBIH MURAH
3.MENJIMATKAN
4.DIDALAMNYA TERKANDUNG 7 JENIS BAJA IAITU BAJA DAUN,BAJA BUNGA,BAJA BUAH,BAJA POKOK, PERLINDUNGAN,HORMON DAN VITAMIN.
5.SESUAI UNTUK SEMUA JENIS SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, GETAH, KELAPA SAWIT, SAWAH PADI DLL
kandungan sebotol 5liter