Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 8, 2009

Projek Tebatan Banjir Kelantan-Terengganu



Dua tiga hari ni hujan sangat lah lebatnya. Berita dari
Kelantan dan Terengganu amat menyedihkan.
Di Kelantan saja beribu yang kena pindah dan setengah
rumah hanya nampak bumbung ditenggelami air.Tempat
yang paling teruk adalah Pasir Mas dan Tanah merah.
Terengganu pun menerima nasib yang sama dan boleh
dikatakan fenomena ini berlaku saban tahun.

Mungkin berita ini dah jadi macam lumrah dan tiada
apa yang perlukan dilakukan oleh kerajaan. Di Kota Bharu
pun setiap tahun diadakan Pesta Banjir.
Entah sampai bila bencana ini akan berlarutan, tuhan
saja yang tahu.

Di Pendang juga mengalami hujan lebat kelmarin.
Kebun kami hampir dilimpahi air. Kami telah pun
membuat kerja menggali parit untuk mengelakkan
tanaman kami tenggelam. Kawasan tanaman limau
kami agak rendah dan parit dibuat bagi mengalirkan
air ke parit besar. Satu hari kami begelumang dengan
lumpur disebabkan tanahnya lembek dan berselut.

Petang kelmarin, batch kedua anak itik Khaki Cambel
telah tiba. Keadaan agak kelam kabut kerana petang tu
hujan lebat dan kami tempatkan didalam rumah.
Itik-itik yang dewasa disediakan tempat baru tapi
kerana masih belum biasa dengan tempat baru, semua
nya melarikan diri ke reban lama. Hampir satu jam
basah kuyup kami berusaha membawa itik-itik ini
ke tempat baru yang lebih selesa. Kerja selesai hampir
malam hari.

Ada dua tiga ekor yang mabuk air dan menjadi lembek.
Empat hari lepas dah lima enam ekor demam sejuk dan
kami gunakan tempat masak dedak untuk memanaskan
mereka. Mintak-mintak mereka akan cepat pulih.
Sekian perkembangan hari ini.

2 comments:

Kebun Pokleh said...

musim banjir dh ni kan. kat johor pon dh mula ujan ni. risau gak ni.

Anonymous said...

Kelmarin pun hujan lebat lagi.
Itik kami dah 2 ekor mati kesejukkan.
sebelah Kepala Batas dan Kuban Rotan dah bahhhhh... Ramai juga yang kena pindah.