Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 22, 2009

Lawatan Jabatan Pertanian - II

Salam sejahtera SatuWarga Tani dan 1M,

Berita terbaru dari media pagi tadi menyatakan keadaan banjir
makin parah di Terengganu dan Kelantan melibatkan lebih dua ribu
mangsa dari setiap negeri di pindahkan ke penempatan banjir.
Kedah juga tidak terkecuali. Belah Kubang Pasu nun dah 2 kali kena.

Cuaca kat Pendang hari ni nampak nya terang dan ok saja.
Hari-hari sebelum ni hujan agak lebat dari petang ke pagi.
Tetapi suasana kenduri musim cuti ni tetap meriah.

Kali ni kami nak cerita sedikit pasal lawatan dari Jabatan
Pertanian sebagaimana yang kami janjikan minggu lepas.
Pegawai-pegawai yang datang kali ini adalah dari Pejabat Alor
Setar. 3 bulan lalu lawatan pegawai-pegawai dari
Pendang dan Teloi. Kali ni setengahnya dari Bahagian Kajian Tanah
dan juga Kawalan Penyakit. Banyak komen-komen yang disampaikan
kepada kami. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan baik.
Mereka datang mengambil contoh tanah, contoh air dan pokok
bendi kami untuk dibuat pemeriksaan. Kami juga dijemput
ke Pejabat Pertanian di Telok Chengal untuk pendaftaran.

Kami juga bagitau yang kesemua sample-sample ni dah diambil
sewaktu lawatan dulu. Kata mereka, Jabatan Pertanian Pendang
tidak memaklumkan sebarang lapuran ke Alor Setar. Jadi mereka
ingin menganalisa sekali lagi.
Tak kesah lah apa pun mereka buat sekurang-kurangnya kami
merasa berbesar hati di atas perhatian yang diberikan oleh pegawai
pertanian untuk turun melawat. Ada lah sikit terkilan pasal fasa
ketiga cili kami dulu tak dapat diselamatkan.

Kebiasaanya bagi orang kampung ni, kalau pegawai kerajaan datang
melawat mereka atau menjenguk mereka, perasaan gembira dan lapang
atau pun mat saleh cakap "being honoured", bangga dan cukup ceria.
Mereka merasa diri mereka diambil perhatian.

Kembali ke realiti masa kini, Tok Najib cakap "Rakyat di Dahulukan,
Pencapaian di Utamakan". Dalam kes kami ni memang la dah OK yang
rakyat di dahulukan. Tapi "pencapaian" nya bagaimana?. Lapuran
yang kami mohon dulu sampai 3 bulan tak dapat-dapat. Ini baru
kes kecik ni, bukannya mintak tolong buat kertas kerja ke, atau thesis ke ..
Cuma nak tahu pasal apa pokok cili fasa 3 kami mampuih tak sempat
kutip hasil. Depa kan "expert" patutnya cepat-cepat "propose" tindakan
pencegahan. Modal satu polibag pun bukannya sikit tu.
Dulu kami jugak plan nak guna lapuran tu sebagai sokongan buat loan.
Dah jadi cam tu, kansel je lah.

Kalau projek tani zaman dulu tak apalah, modal pun tak banyak.
Takat buat batas tanam ubi ke, pisang ke, tembakau ke..  
Kalau mampuih, buat lagi.
Ni dah labur 20 ke 30 ribu, jadi kerajaan kena lah bantu sama
sokongan khidmat nasihat yang berkesan. Takat main jenguk
dan belah aje, baik tok sah. Apa yang kita nak ialah sokongan
yang berskala dan "follow up". Projek tu hidup ke mati ke.
Biarlah ada komitmen yang ikhlas nak bantu, jangan main
syarat wat keja je makan gaji lah katakan cukup bulan masukkk...
Yang kami ni, kalau pokok tadak hasil, nak makan apa?

Kalau ikut dari bajet, lebih 2/3 guna untuk pengurusan je.
Termasuk bayar gaji kakitangan kerajaan lah. Jadi mereka
mestilah buat kerja betul-betul. Gaji mereka ni dari duit
rakyat tau.
Seperti lapuran dibawah ni:-

Jumlah perbelanjaan Persekutuan meningkat




" JUMLAH perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dianggar meningkat 8.9 peratus kepada RM213.7 bilion pada tahun ini.
Daripada jumlah ini, RM160.2 bilion atau 74.9 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan baki RM53.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Perbelanjaan mengurus dijangka meningkat perlahan pada kadar 4.3 peratus walaupun dengan tambahan suntikan fiskal berjumlah RM5 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) II.
Ini berikutan peningkatan ketara perbelanjaan mengurus pada tahun 2008 sebanyak 24.7 peratus kepada RM153.5 bilion disebabkan tekanan inflasi ekonomi dalam negeri ekoran harga makanan dan minyak mentah global yang tinggi.
Pertumbuhan perbelanjaan mengurus yang lebih perlahan pada tahun ini turut disumbangkan oleh langkah perbelanjaan berhemat serta penstrukturan semula subsidi bahan api digunakan bagi membiayai PRE I yang berjumlah RM7 bilion."



Dulu ada geng siswazah buat tanam padi berkelompok, kutip
sawah yang terbiar, lepas tu la ni dah senyap tenggelam.
Ada yang buat projek tanah terbiar, la ni pun senyap.

Kalau kita komen dan suarakan ketidakpuasan, maka mereka cakap
kita ni "amat tidak berpuas hati dengan kerjaan". Memanglah kerajaan
banyak bantu golongan petani ni. Baja subsidi, benih subsidi, bantuan
banjir, bantuan tanam semula dan macam2. Dah masuk dalam
formula standard. Tu kita hargai.
Cuma bagi pegawai-pegawai ni, tugas mereka kenalah "follow up"
pulak. Betul ke pelaksanaannya. Objektif tercapai ke atau subsidi
tu dijual semula. Bagi pak tani yang betul-betul buat kerja ni, sampai
ke hadiah dari kerajaan ni. Rasa nya banyak kerenah birokrasi.
Bagi kami lah yang dah buat projek limau, projek nenas, projek cili
dan macam-macam dah, apa pun tak merasa lagi. Tanam semula
getah pun orang kontak yang sapu. Lepas setahun setengah baru
dia orang tanam anak getah kat tapak kami.
OOooo lupa pulak, kami dapat bantuan baja 2 bag dari MADA itu ari.
Tuuuu aje lah...

Ada kawan kami, dulu buat projek tani jugak. Dia dapat duit VSS
Sony dekat RM60 ribu. Melabur buat tanam projek limau kat Kuala Ketil.
Bertahan takat 4-5 tahun je. Lepas tu duit abis.
La ni kena kerja kilang balik. Tak tahulah kami pasal apa.
Tu mesti ada yang tak kena...

OK lah, panjang pulak berleter. Nak bagi itik makan dulu.
Cerita lain kali pulak lah....
Salam ceria buat semua pak tani.

2 comments:

Anonymous said...

salam, saya salah seorang ejen sebuah syarikat baja organik. boleh tak pihak kami memberi baja untuk 1 ekar dari 0-tuai secara percuma? hanya untuk percubaan. jaminan sekiranya kerugiaan diberikan 100%..

0103601830: azim

Nizar - Project Manager said...

Terima kaseh En Azim atas tawaran
baja. Sebenarnya kami tanam dalam polibag yag menggunakan baja AB.
Cuma tambahan baja tahi kambing
percubaan bendi.
Bukan banyak pun yang kami tanam ni.
En. Azim keluarkan baja jenis organik
dari bahan apa? Bentuk cecair ke atau
jenis biji...