Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 15, 2009

Lawatan dari Jabatan Veterinar - Pengasingan Itik

Dua hari lepas kami dilawati oleh pegawai dari Jabatan 
Veterinar bersama dengan Pok Kaq Kambing untuk meninjau
keadaan ternakan kami. Banyak nasihat-nasihat bernas yang
disampaikan dalam memperbaiki mutu dan kesesuaian untuk
persekitaran ternakan.



Mereka nasihatkan supaya itik-itik telur ditempatkan kawasan
yang kering dan tidak berair kerana itik ini tidak memerlukan
kolam. Air hanya cukup untuk minuman sahaja. Sementara
itik Muscovy lebih tahan lasak dan boleh menyesuaikan diri
untuk dua keadaan.

Jadi kami gunakan masa dua tiga hari lepas untuk membuat
tempat baru yang lebih tinggi bagi itik telur. Untuk menjimatkan
kos, kami hanya gunakan zink-zink terpakai dan tiang batu lama
sebagai tempat untuk itik berteduh. Kami juga telah
mengasingkan kepada dua kumpulan. Pada mulanya mereka
ini agak keberatan untuk berpisah, maklum lah dah membesar
bersama. Selepas dua hari terasing, barulah keadaan agak tenang.



Bagi kumpulan anak baru, kami tempatkan dalam rumah usang
kami yang teduh dan lebih selesa. Mungkin selepas satu bulan,
itik ini akan dilepaskan bersama kumpulan yang lain.

Kami juga telah menambak tempat itik telur dengan satu lori
pasir kasar sebagaimana yang disarankan. Ini bertujuan untuk
mengurangkan kelembapan dan itik-itik ini juga boleh bermain
ditempat yang lebih kering.

Baja tahi kambing telah pun sampai untuk digunakan sumber
pertumbuhan bendi. Kami masih belum pasti jumlah yang
patut digunakan untuk setiap pokok. Sumber baja ini diperolehi
dari Ternakan Pok Kaq.

Kelmarin juga kami menerima tamu kehormat dari Jabatan
Pertanian Alor Star. Bahagain ini akan kami huraikan dalam
text blog seterusnya.

Aktivi diakhir-akhir ini agak padat dan banyak kerja menjadi
perlahan dan terhenti disebabkan cuaca hujan yang kerap.
Semalam kawasan Kubang Pasu sekali lagi dilanda banjir
setelah hujan lebat seharian. Lebih dari seribu orang terpaksa
dipindahkan. Tempat kami alhamdullilah masik ok walaupun
sana-sina berlopak dan lecah.


Sekian nota untuk saat ini.

No comments: