Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 27, 2009

Sumbangan MADA Pendang

Salam sejahtera warga tani,
Alhamdulillah setakat ni semangat tani kami masih segar dan membara.
Banyak cabaran-cabaran yang dilalui yang menguji minda dan daya
tahan diri untuk berterusan dengan "title" Pak Tani sebagai kerjaya.

Artikel terbaru dari rakan tani "Din Brabus" tidak akan mencemaskan
kami dalam bidang ternak itik. Ada baiknya kita memperoleh sumber
pro dan kontra dalam apa bidang pun untuk di seimbangkan dalam
membuat penilaian.

Kelmarin, kami dapat sumbangan baja fertigasi dari MADA di atas
jasa baik pegawainya En.Hamzah.Pihak MADA menghantar sumbangan
anak pokok dan baja ke Pok Kaq Kambing, sepupu ipar kami dan singgah
hantar bersama dengan baja fertigasi. Mungkin juga kami akan dapat
sumbangan benih cili untuk percubaan tak lama lagi.
Setakat ini benih cili yang disemai belum cukup usia. Percambahannya
agak terbantut.

Bagi pokok bendi, pertumbuhan agak baik. Berbagai nasihat yang kami
dapat dari kawan-kawan tani berkenaan baja yang sesuai untuk pokok
bendi. Ada yang syorkan tahi kambing dicampur pasir. Ada yang nasihat
pakai baja tahi ayam dan ada juga yang tawarkan kami dengan baca cacing.
Setengahnya suruh kami guna baja urea aje dan cairkan.
Semuanya memerlukan kos yang minima kecuali baca cacing yang agak
mahal.

Memandangkan bajet yang sengket ketika ini macam bajet Tok Najib jugak,
kami akan "maintain" dengan apa yang ada buat sementara. Mungkin di hujung
tahun ni atau awal 2010, kami nak "up" kan sikit trottle kearah pecutan
yang lebih baik.
Sekarang tengah tunggu lampu hijau dari FDI baru.Susah nak dapat FDI
di zaman gawat yang belum ada penghujungnya ni.

Sekian catatan kami waktu ini.

No comments: