Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 25, 2009

Kami Pak Tani dapat apa dari Bajet 2010?. Gomen bagi RM500 ke ???

Aku amik MC ujung minggu lepas. Nak dengar bajet laa...
Pak Tani pakai MC sendiri aje tak payah jumpa doktor.
Petang tu bendi aku pun tak siram, itik aku pun posa,
cili aku pun tak pindah-pindah lagi.
Bajet ni penting oooo...

Ya lah mana tau kot-kot ada habuan untuk pak tani semua.
Tahun lepas dapat gak merasa duit poket subsidi petrol
masa renew roadtax moto.

Lagi pun masa aku terbaca minggu sebelum tu, memangnya
gomen banyak duit. Se batang pokok pinang pun depa boleh
bayar sampai RM480. Satu laptop pun boleh beli puluhan ribu.
Tahun lepas pun sama gak, sebatang spana pun bepuluh ringgit
reganya.
Takkan nak bagi Pak Tani merasa sikit tak boleh kot!!!

Tengok la sampai melopong petang tu. Menjana ekonomi....
Klinik 1Malaysia, PTPTN jadi biasiswa, TEKUN 20juta untuk
orang India, tingkatkan pendapatan rakyat, 48juta basmi kemiskinan
tapi kat WP aje,
dan bla-bla.....


Last sekali, satu sen pun aku tak dapat. Hangpa baca ringkasan
dari link kat bawah ni:-

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/10/apa-yang-rakyat-dapat-dari-bajet-yang.html
Kesian lah kat Pak Tani sama.
Kami pun rakyat Malaysia jugak, mesti didahulukan.

4 comments:

Media Cyber said...

apsal tak kemukakan pandangan ko kat portal najib? hahahahaha!

Nizar - Project Manager said...

Takat bagi pandangan je lah...
Portal najib tu, bukan dia sendiri
yang tengok!! Wat ngabih kan masa je.

jebat said...

Niii ada utk Pak Tani...hang terlepas pandang kott....

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

Nizar - Project Manager said...

Hi Jebat,
2B tu atas kertas je..
berjela panjangnya nak turun ke
golongan yang bawah ni. Lepas
timbang, tapis, tiris dan telus konon, entah sampai ke tidak kat Pak Tani ni. Lainlah kalau declare bagi direct, barulah boleh merasa.
Rebet moto dulu kan terus dapat cash!!! Bolehlah wat beli beras.