Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 4, 2009

Itik semakin membesar - Minggu kedua

Setakat ni dah masuk minggu kedua ternakan itik kami.
Proses tumbesaran berjalan agak baik dan setengahnya
dah mencapai berat setengah kilo.

Anak itik Muscovy membesar lebih cepat berbanding
dengan Khaki Campbell. Kami tak pasti yang baka
Khaki Campblell ni dah berapa kali melalui proses
kacukan. Mungkin yang biasa dengan baka itik boleh
mengenali dengan jelas.

Walau apa pun, kami harap kesemua anak itik ini
akan sihat dan bergaul tanpa masaalah.

Di segi pemakanan, kami lebihkan campuran
dedak halus dan kurangkan beras bagi menguatkan
daya tahan dan tumbesaran yang lebih cepat.
Satu minggu lagi baru di tambah dengan makanan
sampingan yang lain.

Di segi penyakit, alhamdullilah setakat ni ok lagi.
Ubat penahan akan di rujuk kepada Jabatan Veterinar
di masa hadapan. Kami pun belum lagi ada hubungan
dengan Jabatan ini dan terpaksa bertanya dengan
teman-teman yang dah biasa.



Untuk perkembangan bendi, kami sedang memproses polibag lama untuk
dikitar semula. Sekurang-kurangnya kos dapat di jimatkan.
Hanya polibag yang elok dan tidak terkoyak digunakan dan mana-mana
sekam yang kurang di tambah dengan campuran tanah dan tahi ayam.
Yang teruknya, nak membuang rumput dan mencabut pokok cili lama
dari polibag yang menyebabkan mudah terkoyak.

Kesemua benih bendi telah pun disemai dalam tray bersama dengan benih cili.
Kami jangka bendi dapat di pindah ke polibag selepas 2-3 minggu lagi. Mungkin
pertumbuhan bendi lebih cepat dari cili.





 

No comments: