Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 19, 2009

Itik, Bendi dan Cili



Suasana di Cili Pendang memang meriah dan riuh rendah
sekarang. Di tambah ceria lagi kerana itik kami dah dapat
kolam mini buatan sendiri.
Seperti alam kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan
kesemua itik-itik begitu bahagia apabila ada tempat untuk
mereka bermain dan berenang sambil makan.
Kami menggali kolam kecil dan menggunakan air perigi
yang dipam untuk memenuhi kolam mini ini. Tujuannya
adalah untuk membuat aliran keluar air dari tempat bertakung
di samping memudahkan kerja membersih reban itik setiap
hari. Itik juga akan mendapat sumber air yang baru setiap
hari dan mampu mengurangkan bauan yang kurang enak.

Bagi sesiapa yang ingin mengusahakan projek itik ini, mestilah
bersedia dan tabah untuk menikmati bauan yang segar ini saban hari.



Kami juga memasak nasi dari beras hancur sebagai makanan itik
dan mencampurkan dengan dedak. Dedah halus telah pun
diganti dengan bentuk palet yang lebih kasar.
Bekalan hampas kelapa juga kami peroleh dari pekedai
yang menjual santan dekat pasar.





Bendi yang kami tanam terus ke polibag telah pun tumbuh
sejengkal.Buat masa ini pertumbuhannya agak sekata.
Setengah polibag yang tumbuh dua pokok, kami akan
asingkan ke polibag lain bagi mengelak dari terbantut.
Baja tahi ayam masih belum sampai.



Di bawah ini adalah kerja-kerja mengisi pilobag yang belum selesai.
Tapak ini dikhaskan untuk memindah semaian cili kami.
Buat masa ini cili yang disemai masih belum cukup tempoh
untuk dialih ke polibag.
Tempat untuk tanaman cili agak tersing dari bendi bagi
memudahkan kerja mengurus.



Progress keja-kerja di Cili Pendang akan direkodkan dari semasa-kesemasa
bagi memudahkan penilaian pencapaian. 

" Melakukan perubahan untuk kemajuan yang berterusan".

No comments: