Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 8, 2009

Anak Bendi selepas dua minggu

Pertumbuhan bendi agak cepat berbanding dengan cili.
Selepas lima hari disemai, ia telah mengeluarkan
mata tunas dan batangnya agak tinggi.
Saiz daunnya pun lebih besar dari benih cili.

Foto di bawah adalah ujian awal yang disemai lebih
dua minggu. Semaian diletakkan dalam tanah biasa
dan tidak menggunakan tray yang mengandungi
Holland Peat. Ianya lebih mudah tetapi proses
pemindahan menjadi agak rumit kerana kedudukan
yang rapat-rapat.
Benih yang telah cambah dipindahkan ke dalam polibag
yang mengandungi tanah campuran. Kami juga
meletakan sabut untuk menyerap air dan mengekalkan
kelembapan.

Bagi tujuan komersial dinasihatkan semaian
dibuat menggunakan tray. Ini memudahkan kerja
memindahkan anak ke polibag dalam qty yang
banyak dengan cepat. Kami telah pun membuat
semaian tray dan ada juga benih yang ditanam terus
ke polibag yang di kitar semula. Semaian dalam
tray akan dipindahkan minggu depan.


No comments: