Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 7, 2009

Usaha terakhir pemulihan cili

Fasa satu dah pun berakhir dan pokok yang dilupuskan akan dibakar serta polibag akan diratakan pada tempat yang rendah. Baki 2000 pokok yang ada dalam keadaan yang kurang memuaskan oleh penyakit misteri. Lapuran dari Jabatan Pertanian entah kemana menghilang. Pegawai Pak Menteri tu cakap, lapuran ni adalah bentuk dalaman. Tak bagi kat petani.... Aik!!!, apa ni...., Kami minta nasihat dari depa kot-kot boleh bantu dan depa mai kat kebun kami. Lepas tu buat penyelidikan dan lapuran. Tapi depa sorok kat depa aje. Depa ingat petani ni bodoh. Tak gheti nak baca lapuran. Pasal tu depa diam-diam dan tak bagi apa-apa feedback pun. Kalau macam tu, tok sah lah nak menyibuk. Hangpa mengaji tinggi-tinggi dan pandai, lepas tu simpan sorang-sorang. Bawa masuk kubur...... Ni yang buat aku baraaaaa ni!!!!!  

Kesian nya kita semua yang bayar cukai pendapatan. Duit cukai tu hangus macam tu aje. Kita tak merasa nikmat nya, pasal yang makan duit cukai kita tu dah terasuh oleh sistem kerajaan lama. Jangan ingat orang makan gaji aje bayar cukai. Petani pun bayar cukai. Beli kicap, beli bawang, beli baja, bayar tol, cukai tanah, cukai pintu, bla bla bla..... Orang gomen ni sedar ke, yang duit gaji dia orang tu datang dari rakyat. Hari tu, contoh pokok dah diambil. Contoh air dah diambil. Keadaan persekitan dan di ketahui. Soal siasat dah lakukan. Tapi keputusannya nampak gaya jadi macam kes TBH agak nya. Mati dululah pokok-pokok kami tu. Sepatutunya lapuran autopsi ataupun bedah siasat yang dilakukan disegerakan untuk menyelamat keadaan. Punca dari pokok ke, punca dari air ke..... mesti ada punca!!! Lepas tu bagi tau lah cara nak mengatasinya. Setidak-tidaknya ikut lah contoh H1N1. Tak ada vaksin pun boleh gunakan kaedah pencegahan. Mungkin vaksinnya ambil masa setahun lagi, sekurang-kurangnya tak lah mati kesemua sekali. Pelik sungguh pokok cili kami ni. Pegawai-pegawai MADA yang perihatin mai tengok. Depa kata ni bukan pasal penyakit. Daun jadi kering kat tepi ni pasal akar tak boleh nak serap baja. Jadi baja tak naik kat pokok. Mungkin formula baja AB tu silap. Depa syorkan gunak kaedah baja lain. Kami ingat nak gunakan baja foliar direct ke daun untuk tempoh ini. Kurangkan baja AB dari membazir. Dalam masa yang sama, persedian untuk fasa seterusnya dalam pelaksanaan setelah kawasan dibersihkan. Kelmarin seluruh kawasan dah di mesin untuk membuang rumput tebal. Minggu depan kami akan sembur racun rumput dan ratakan semula tapak gantian. Pegawai MADA tu cakap depa boleh bagi benih contoh 200 pokok untuk ujian. Lagipun baki sekam yang dulu masih ada. Lain-lain tu kena pandai-pandai sendiri lah. Gomen ni tolong geng-geng keparat je. Yang besor-besor tu. Yang ada idea bio-bio lah, yang ada R&D lah, yang bermodal besarlah. Last-last tinggal utang juta-juta, tukar management, ubah strategi, pindah pi Danaharta, gomen tanggung rugi, keparat lari dan siapa yang tukang cuci?. 
Hangpa fikir la sendiri. 
 

Kali ni seribu pokok baru nak kena semai benih yang cantik sikit dan tahan lasak. Nak cari kat mana ye!!!!!!!! Photo kat atas tu nak tunjukkan perbezaan bunga nenas kampung dan nenas komersil. Selingan bagi menghilangkan tension. Yang hijau tu kampung punya, yang warna-warni tu bandar/komersil punya.

No comments: