Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 30, 2009

Tengah korek info BENDI

Sejak lepas raya ni, Cili Pendang kena pulun sakan.

Baru lepas amik baka itik, terus menyibukkan diri dengan
benih bendi pulak. Sapa-sapa yang berminat ngan bendi
dinasihatkan jenguk forum bicara jutawan.Search pasal bendi.
Info dia kauw kauw punya......

Tapi kami nak test dengan menggunakan polibeg dulu
kerana nak kitar semula dari pokok cili yang dah pupus.
Rugi rasanya kalau dibuang begitu saja.

Semalam hujan lebat melanda dan 3 ekor itik kami telah
menjadi mangsa. Mungkin lemas kesejukkan.Dugaan
memang tidak dapat dielakkan.
"Semut mati kerana gula, itik mati kerana air"

Kos permulaan untuk itik ni boleh tahan jugak!!!
Makanan dedak saja dah RM 87.00 seguni.
Beras kemukut pun RM 46.00
Nasihat dari Abang Ngah Gua musang, kalau nak
"safe" kos kena beli beras halus dan masak. Kemudian
campur dengan dedak itik. Lepas tu pi kutip sisa
makanan dari kedai makan. Buat muka tebal sikit.

Balik raya dulu dapat lah sikit menuntut ilmu bela itik.
Mintak-mintak menjadi projek ni dan bertambah rezeki.

Kali ni tak boleh nak karang panjang-panjang
pasal nak amik masa cari "info" bendi. Mana-mana
member atau otai yang berpengalaman bolehlah
tolong syorkan apa yang patut. Maklumlah ilmu
masih kosong. Tak cuba, tak tau.

Tak kerja, mana ada pengalaman.

No comments: