Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 27, 2009

Pulangnya Perantau












Raya masih ada.
Cili Pendang dah balik masuk pejabat tiga empat
hari dah. Suasana kebun agak muram lepas raya pasal 
cuaca kering. Banyak kerja yang tertinggal 
dan kena kerja keras setelah ditinggalkan seminggu raya. 
Anak itik pun dah sampai.


Apa pun, cerita raya tak habis lagi. Seronok Raya oooiii...... walaupun poket kering !!!!!!


Ni photo-photo raya kami masa kami pulang.










Photo raya ni kat rumah abang sulung di Tanah Merah.
Abang-abang dari Kedah, Gua Musang, Kota Bahru dan kakak
kat Tanah merah semuanya berkumpul di sini.


Terjumpa pulak photo lama arwah orang tua kami (tengah).
Photo ni di ambil pada tahun 1980.






Sempat la kami pi shopping raya kat Pekan Tanah Merah.
Beli keropok, budu, beras Siam wangi dan lain-lain
barang dapur.


Kami bertolak balik ke Pendang hari raya ke empat.
Sampai kat kampung Tok Pa (Menteri MITI), trafik
jam satu km pasal semua nak beraya dengan Tok Pa.


Kat lebuh raya Timur Barat, hujan renyai-renyai.
Ada banyak juga kemalangan. Motor sama motor.
kereta dengan motor, kereta terjunam gaung, kereta
terbakar, lori tertunggeng dan macam-macam.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Kedah.
Lepak kat Sungai Petani satu malam dan petang
esoknya baru balik ke Pendang.

Beraya lagi kita.

No comments: