Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 28, 2009

Cili Pendang ceburi ternakan Itik Telur

Cili Pendang telah menambahkan aktivi tani dengan menceburi ternakan itik telur sebagai projek perintis di samping mengekalkan aktiviti yang sedia ada iaitu Cili Kulai Merah. Buat permulaan projek itik telur ini, baka baru dari Khaki Campbel sebanyak 110 ekor dan baka Yellow Muscovy sebanyak 60 ekor telah di tempatkan reban yang khaskan di kawasan kebun cili. Walaupun baka Muscovy biasanya diternak untuk tujuan penghasilan daging, itik ini juga boleh menghasilkan telur yang bersaiz besar dan harganya lebih tinggi di pasaran. Itik-itik ini ditempatkan bersebelahan dengan pagar bendang dan diasingkan dari kawasan tanaman cili. Kawasan ini agak rendah dan menjadi takungan air apabila hujan lebat. Di samping dapat mengurangkan penyelenggaraan kawasan semak di tanah rendah yang tidak sesuai untuk tanaman cili, ianya juga di manafaatkan untuk meluaskan kawasan persekitaran dan mengelak dari pembiakan nyamuk dan serangga. Diharapkan dengan projek itik penelur ini, Cili Pendang akan lebih berdaya maju untuk masa hadapan. Walau bagaimana pun, projek tanaman cili masih lagi di kekalkan dan di peringkat penambahbaikan benih cili baru dari MADA. Benih cili dari Siam juga akan dibuat percubaan dan dalam proses percambahan sebelum dipindah ke tapak tanaman dalam masa sebulan lagi. Selamat berjaya.

No comments: