Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 2, 2009

Cili ku di hujung usia

Salam Bertani di bulan mulia,

Kami ingin paparkan keadaan pokok cili di hujung usia. Fasa satu kami dah masuk ke 6 bulan dari tarikh pindah dan buah-buah akhir menjadi kecil dan kerdil. Kebanyakan daun-daun dah gugur dan kering. Ranting pun dah tak boleh nak mengeluarkan pucuk yang baru. Proses dari daun hijau merimbun dan bertukar menjadi kelayuan ini agak cepat dan hanya dalam masa 2 minggu saja. Ditambah dengan musim hujan, buah-buah akan jadi busuk dan berair serta luruh. Kami telah pun mengasingkan dan musnahkan pokok ini berperingkat-peringkat dan akan digantikan dengan pokok baru.

Oleh kerana cuaca yang kurang elok dan sesuai, kerja berjalan amat perlahan dan akan diselesaikan selepas Ramadhan nanti. Kami jugan akan memulakan dengan projek ternakan itik telur dan dijangka akan mendapat baka itik telur selepas seminggu Hari Raya. Jumlah awal mungkin dalam 200 ekor sebagai permulaan. Persiapan dan peralatan telah pun dibeli seperti pagar berjaring dan dinding zink untuk mengelak dari bahaya luar seperti ular dan biawak di persekitaran. Nanti kami akan utarakan perkembangan seterusnya projek kami dari semasa kesemasa.
 
Tabah dan sabar sewaktu puasa agar beroleh hidayah dan diberkati Allah swt. Banyakkan beramal dan bersedekah.

1 comment:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!