Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 11, 2009

Respek kat Pegawai-pegawai Pertanian Pendang dan Teloi

Sibuk betul kami. Direct dua hari lepas, pegawai-pegawai Pertanian Pendang dan expert dari Pejabat Pertanian Teloi mai kat kebun kami. Alhamdullilah atas keperihatinan Jabatan Pertanian ni. Depa turun padang jengok kami. Hari pertama nasib baik Man ade, boleh layan depa. Lawatan kedua kelmarin, depa buat soal selidik dan ambil contoh nak buat kajian. Teruk gak kami kena lecture, tapi kurang-kurang reti lah sikit dan bertambah ilmu kami. Memangnya betul komen depa tu, kami akui banyak kesilapan yang kami buat masa set up projek ni. Maklumlah tak pi "hands 0n" kursus dan dapat info dari internet je. Nak pi kursus pun mau jugak 3-4 ratus. La ni mana ada free. Tambah pulak berkaitan dengan "fertigasi". "Pitih kena kasi" dulu. Komen-komen bernas dan teguran:- 1. Pokok lama mesti diasingkan dari pokok baru. - Untuk mengelak dari jangkitan dari pokok lama yang dah "immune". 2. Baja AB mesti ikut tatacara bancuhan yang betul. a. Tuang A dulu baru B supaya tindakbalas ion yang betul. (Ni kami tak faham pasal tak arif bab tindakbalas kimia) b. Bancuhan untuk pokok lama mesti berbeza dengan yang baru. (Yang ni kami tau, tapi kami pakai sistem satu pam jadi susah sikit nak set) 3. Sumber air mesti tidak tercemar. - Kami ni guna air free dari parit. Kalau guna PBA parah kami. Depa ambil sample air untuk buat ujian. 4. Tapak projek bersebelahan dengan sawah padi. - Depa kata pokok cili ni tak sesuai dekat dengan sawah. Tapi tanah ni je lah yang kami ada. Nak buat kat mana lagi. Satu lot kat Tokai tu, belum clear lagi. Nak pakai duit jugak. 5. Air bertakung. - Sistem perairan kurang lengkap. Sebenarnya selepas kami tambak tanah dulu, kami dah levelkan, tapi lama-lama dia mendap pulak. Jadi lecah sikit, tak selesa lah. 6. Pokok berpenyakit mungkin dari sumber air. - Pening jugak kami nak settle. Kena tambah modal pulak untuk pam air bawah tanah kot. Haiiii, duit lagi. Terima kaseh sekali lagi atas kunjungi depa semua. Pegawai tu janji akan buat tindakan susulan lagi selepas ini. Ada juga satu dua point yang tak syok. 1. Depa kata kawasan ni di bawah MADA. Jadi depa tak boleh masuk campur. (Pelik gak, ini kami tak pahamm.) 2. Depa boleh bagi khidmat nasihat saja. Sorry.... Bantuan tak ada. 3. Nak bantuan, mintak ngan MADA. Pam ke, peralatan ke, baja ke.....dll. Tahun lepas kami dah isi borang kat MADA. Masa bantuan pam pun kami dah isi, borang sistem piping fertigasi pun dah isi. Tungu punya tunggu, habok pun tarak!!!!!! Kami pun buat la dengan apa yang termampu. Apa pun........ "Satu Tabik kat pegawai Pertanian yang berdidikasi"

No comments: