Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 17, 2009

Pokok Cili "TERPELE'OT" terlebih minum

Siann...nya pokok cili kami. Sejak seminggu akhir-akhir ni, hujan turun mencurah tak berenti kat tempat kami ni. Maklum lah... kat Pendang ni kawasan tadahan hujan yang tinggi. Tambah pulak dengan angin taufan. Kan kerap keluar berita yang kawasan ni selalu dapat atap terbang kalau musim hujan dan ribut. Kekadang seluruh bumbung terbang, tinggal rangka rumah aje. Pokok cili pun banyak yang tertonggeng. Tapi tak ada "ingenier" nak bagi design baru kat orang kampung cara nak elak rumah kampung jadi "dogol". Yang mana terkena tu hanya tunggu MP Pendang turun bagi derma. Pokok cili tumbang, Pak Tani lah yang kena tanggung kerja lebih masa. Ni contoh gambar pokok lesu kami. Ada sapa-sapa boleh bagi idea camno nak pulihkan dia. Banyak jugak yang jadi macam ni. Setengah tu tak "kebah" terus. Mungkin kena jemur atau kuarantin pokok tu 2-3 hari kot. Macam-macam perangai pokok cili ni. Kalau tak bagi minum 2 hari pun, teruk KO jugak. Banyak sangat alahan nya. Kena bawa banyak bersabar la sapa-sapa yang tanam cili. Ada sorang pakcik yang kami jumpa masa melawat "Best Way Agro" tu cakap, musim hujan ni rega cili selalunya tinggi. Pasal buah buruk dan hasil kurang. Tapi kalau dah kurang hasil, petani macam kami ni teruk jugak la buah tadak nak kutip. Pi mai pi mai, dok tang tu jugak. P.Ramlee cakap walhasil balik asal. Ada setengah pokok cili yang dok kawasan rendah tu asyik berenang 2 minggu. Yang ni pulak merajuk dan tak mahu membesar. Kira terenjat lah tu. Kawan yang lain dah berbuah, tapi dia serupa tu aje. Membazir air baja je.. Kami ingat "layout" kena buat baru pulak!!! Oh ya, pasal proposal pegawai pertanian minggu lepas. Kami dah ubah sumber air kami. Kami korek telaga dan alih pam dan sistem piping. InsyaAllah lepas ni pokok kami pulih balik. Tolong ucapkan "Salam Sejahtera" kat pokok cili kami. "Cili didahulukan, hasil diutamakan".

2 comments:

ANAK PAK UTUH said...

Kalau nak sempurna kena guna bumbung palastik UV tapi harganya mahal lebih RM 600 segulung. Utk tiang dan alang lain pula harganya belum lagi upah.


Bagi pengusaha yg tidak menggunakan bumbung digalakkan menanam cili hanya pada musim panas. Kerana ramai yg dah mencuba tanpa bumbung sebelum ini...hampir kesemuannya KECUNDANG.( masalah layu bakteria dll)

Rujuk utk nasihat lanjut pengalaman : http://www.gmpeladang.com.my/

Nizar - Project Manager said...

Berapa kos kasar untuk seribu pokok? Termasuk
kos peralatan sekali spt tiang, frame dan pelastik tu...
Agak berbaloi tak, pasal musim hujan ni
pun bukan nya sepanjang masa?