Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 6, 2009

Pelbagaikan Hasil dan Produk Tani

Dari pengalaman orang lama dalam kerjaya pertanian dan saranan dari pihak yang prihatin dengan petani, boleh disimpulkan bahawa petani perlu pelbagaikan usaha dan keluarkan lebih produk tani. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada satu sumber. Memang susah untuk jadi senang, mesti lebihkan bekerja. Tapi kalau nak susah, senang je... Risiko-risiko jika bergantung pada satu sumber:- 1. Harga tak stabil dan turun naik bergantung pada permintaan. - Kalau harga tinggi, bagus untuk petani. Tetapi kalau harga merudum macam mana? Pendapatan kita terjejas sedangkan kos tetap bulanan mesti dibelanjakan. 2. Risiko penyakit tanaman. - Penyakit berjangkit adalah luar jangka dan mungkin boleh melenyapkan hasil sekelip mata. Ini boleh melumpuhkan pendapatan petani yang bergantung kepada hanya satu sumber contohnya banjir bagi pesawah, layu pokok atau kerinting bagi pencili, kemarau terlampau atau lain-lain wabak yang serius. 3. Lambakan hasil tani. - Ini biasanya terjadi bagi tanaman bermusim seperti durian, rambutan, mempelam dan lain-lain yang memaksa harga turun dibawah paras kos pengeluaran. Lambakan hasil dari luar negara juga berkemungkinan mempengaruhi pasaran. Oleh itu adalah digalakkan petani keci-kecilan agar meningkatkan usaha dan mencari idea tambahan untuk pendapatan sampingan yang lain. Memang senang kalau setakat nak bagi nasihat dan "lecture". Tapi nak memulakan sesuatu yang baru akan banyak menghadapi masaalah terutamanya disegi kewangan. Apa-apa pun bisnes baru memerlukan modal yang besar kecuali bagi mereka yang setakat nak buat hobi tu, lain ceritalah. Bagi yang dah biasa dengan kerja tani, selain dari modal, kita mesti mempunyai kemahuan dan kekuatan mental. Pegang pepatah " Nak seribu daya, tak nak seribu daleh". Bagi kami, kategori pelbagai produk ni dah dijalankan sejak dulu lagi tapi tidak dalam fasa yang sama. Tidak serentak lah katakan. Mungkin masa tu ikut syok-syok aje. Ini satu lagi kesilapan yang kami pelajari. Kami bukan guna sistem pelbagaikan projek tani tapi "sistem tanaman gilir". Jadi ianya tidak digalakkan sekiranya kita ingin menambah pendapatan. Tambahan pula kalau projek pertama gagal atau bungkus dan modal habis hangus. Mana pulak nak korek modal baru. Apa yang perlu kita lakukan ialah menjalankan banyak projek tani pada satu masa. Contohnya:- 1. Ternak ayam dan tanam jagung. 2. Tanam cili dan tambah dengan sayuran lain-lain seperti timun, serai, kacang dsb. 3. Ternak keli kanvas dan buat kolam ternak talapia. 4. Usahakan tanaman jangka pendek dan juga jangka panjang. 5. Gunakan teknologi moden untuk hasilkan produk tani yang berdaya maju seperti fertigasi melon, tomato atau tanaman dalam bumbung (RPH). Jangan pulak tanam padi atas bumbung!!! Ini adalah sebagai saranan atau idea yang boleh dibuat panduan yang mampu kami utarakan. Jadi bagi mereka yang lebih kreatif, gunakanlah sumber atau rangkaian yang lebih maju kerana masa ini macam-macam ilmu dan teknologi sedia ada boleh dipraktikan untuk memperoleh hasil yang tinggi. Dapatkan ilmu yang cukup dulu kemudian praktikkan hingga berjaya. Orang dulu-dulu mana ada "tenet-tenet" ni. Pengetahuan yang dia orang ada cuma melalui pengalaman. Jadi ambil masa yang lama nak berjaya. Sekarang ni kalau rajin, kita boleh pi melawat projek-projek yang dah maju untuk buat panduan. Jangan malu bertanya. Bagi kami, selain dari projek cili yang ketika ini dalam proses penambahbaikan, kami juga mula berjinak dengan projek ternakan. Seminggu dua ni masih dalam penyelidikan dan menimba ilmu untuk ternakan ayam atau pun itik. Sapa-sapa yang boleh bantu bagi idea atau sumber untuk dapatkan benih atas yang baka berkualiti, tolong sampaikan kepada kami. Sebelum ni kami lebih kepada pertanian iaitu nenas, limau dan pisang. Jadi nak mencuba nasib dalam penternakan pulak. Bagi petani-petani kecil macam kami ni, disarankan buatlah risikan dan carilah idea-idea yang baik agar kita tidak ditakuk lama sampai bila-bila. Kita mesti ada semangat untuk maju dan mampu berdaya saing dengan pihak lain. "Usaha kearah kejayaan".....Satu M Pak Tani

No comments: