Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 26, 2009

Menunggu Lapuran dari Jabatan Pertanian

Salam berpuasa untuk warga Muslim OneMsia.

Di bulan puasa ni tak banyak cerita dari Pak Tani. Kebanyakan aktiviti agak perlahan. Tambah pulak hujan tiap-tiap hari. Dah masuk musim "bah" ni kot. Sebahagian pokok cili fasa 2 kami nampak sakit. Tapi bukan lah H1N1. Separuhnya kami nampak nak "kebah" sikit, mungkin ambil masa seminggu dua. Kami dah sembur 2-3 jenis ubat penenang. Tiga empat hari lepas pun kami sekeluarga kena demam. Masih belum sihat. Jadi terpaksa lah ambil MC. Tak masuk kebun lah. Anak-anak pun tak bermaya. Nasib baik lah waktu ni sekolah cuti. Jadi masing-masing lepak kat rumah je. Tak tengok cili pun tak apa pasal polibag dah penuh dengan air hujan. Cukup minum air kosong sepanjang minggu ni. Tak "ON" pam baja pun boleh tahan lagi. Kalau bagi baja AB buat membazir saja di telan hujan. Di bulan posa ni kami bercadang nak sediakan kertas kerja buat pinjaman. Maklum lah nak "standby" untuk buat gantian apabila fasa 3 ribu pokok ni habis edah. Dalam 3 ke 4 bulan lagi mesti tambah lagi 3 ribu pokok. Baru boleh "survive". Kami sedang tunggu laporan dari Jabatan Pertanian yang buat survey dulu. Bolehlah disertakan dalam kertas kerja pinjaman sebagai sokongan. Sepatutnya lapuran tu dah siap kot, cuma kami tak sempat nak masuk pejabat lagi. Jumlah pinjaman dalam $30,000 , tapi keadaan masa kini hanya perlukan dalam $20K. Nak minta pertolongan dari kawan yang dah biasa pinjaman pertanian. Kalau boleh tolong bagi nasihat kat kami dalam bentuk keperluan kertas kerja. Itu pun bagi yang sudi.
 
Wassalam dari Pak Tani.

No comments: