Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 9, 2009

Lawatan dari Jabatan Pertanian Pendang

Alkesah nak jadi cerita. Masa aku kelam kabut kat Kota Bharu, tetiba tepon bunyi. Tepon bunyi, tepon bunyi, tepon bunyi.... cepat angkat, angkat, angkat, cepat, cepat!!!!!..... capek ke????..... "Ello, waalaikummusalam, ya..ya.. Niza. Ooo jabatan pertanian... Saya balik kampung ni cik, ada hal.. Hari ni ke? Esok baru balik.... Oo..... ok, haaaa, ooooo...... Tak pe, Man ade kat kebun. Boleh, boleh... Ahhh jalan sebelah Din motor tu. Terus aje belah kiri. Ya, ya,... sebelum rumah Pok Kaq kambing tu. Ooooo, ok ok." Aku pun letak. Abang aku tanya sapa. Lepas tu dia pun mulalah bagi lecture kat aku. Nape tak postpone esok la, penting la kena jumpa, bukan senang lah pegawai nak turun, bla..bla..bla.... Macam selalu tu aku wat stone je. Hilang selera aku nak makan "Akok panas ori" yang dah bertaun tak jumpa. Kat Kelantan ni, kueh-kueh unik belako. "Taik itik", "puteri mandi", "badak berendam", "lompat-tikam", "kaki ayam" "etok", "jalo mah" dan "aye perecik" etc. Selang 2 jam, Man pulak kol. "Ni orang pertanian mai tadi. Dia masuk kebun. Dia tanya pakai baja ape, nape pokok kurang sihat, .........etc" "Macam-macam tanya, kira interview lah pas tu tulis buku" " Nape orang pertanian ni tanya gitu, dia orang tak tau ke?" " Dia habaq kena wat report ni pasal menteri mintak esok" "Dia masuk sat je, sambil tulis report apa yang aku habaq. OK la, nanti cite...." Aikkk, aku memang la plan kalau pertanian mai, aku nak korek info banyak-banyak. Pokok aku ni cam no, ok ke, tak kena tang mana, apa perlu buat, baja apa baguih, racun apa yang sesuai.... Apasai yang seribu pokok tu tak balik modai lagi, usia nak abis dah. Nasib baik ada 2-3ribu pokok 2nd batch dok bagi hasil. Paling penting, nak tanya ada tak baja bantuan ke, subsidi alat ke, sokongan teknikal ke, ada folowup ke, boleh tolong apa yang perlu ke... Semua barang naik mencanak la ni, mana larat kena beli semua. Paling penting, rekomen lah ngan Tok Menteri supaya sapot aku untuk expand sikit lagi. Aku ni mana ada kabel. Ni nak bela itik pulak tu, kurang-kurang nak lagi 10 ribu. Nak wat bangsal itik lah, nak beli benih itik "Golden White Layer" lahhhh (macam dah biasa je...). Nak clear semak samun, pass tu tambun tanah pasir lagi. tang anak itik ni, Pok Kaq kata dia nak chek ngan pertanian kalau ada sumber free. Tapi mungkin baka Siam (Itik Siam Hitam). Timing tak cun masa pegawai tu mai. Kenalah tunggu next visit dari Jabatan Pertanian. Itu pun kalau depa nak mai lagi. Ada rezeki kot!!!!. Ape-ape pon, tunggu lah kau labu!!!. Ada ubi ada batas, ada rezeki tak kan melepas. Bersabor jelah.

No comments: