Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 2, 2009

Harga Borong Cili Merah Pendang RM6/kg

Alhamdulillah setakat ni harga cili kami dah cecah RM6/kg. Cuma hasilnya agak berkurangan. Kebanyakan pokok fasa satu nampak terlalu tua dan uzur walaupun hanya baru berbuah satu peringkat. Patutnya berupaya mengeluarkan 3 peringkat buah. Kami dah cuba tut dahan-dahan yang kering dengan harapan pokok pulih semula. Tengoklah nanti dalam sebulan kalau ianya pulih, kami terus bertahan atau gantikan dengan anak yang baru. Mungkin juga disebabkan cuaca kerap hujan berselang dengan panas melampau. Buahnya dah jadi kemetot dan saiz yang kecil. Ketika ini hasil kami di bantu oleh pengeluaran sulung fasa kedua yang mana boleh dikatakan agak memuaskan. Pertumbuhan Cili King kami pula agak lesu dan tidak serancak Kulai 568. Walaupun dah masuk lebih dua bulan namun buahnya terlalu kecil tidak seperti permulaan cili Kulai 568. Buat masa ini, kami dah tambah lagi 500 pokok Kulai 568 yang baru. 500 pokok lagi akan ditanam setelah sekam yang di tempah dari rakan kami DinBrabus "Best Way Agro" Sungai Petani. Jumaat lepas, kami join geng "kedohok" kat kenduri ipar kami. Seronok gak jadi pembantu tukang masak. Mula-mula pasang api. Lepas tu masak air dalam kawah sampai mendidih. Kena basuh beras dan masukkan dalam air yang tengah mendidih tu. Kacau sampai rata dan tutup ngan daun pisang. Dalam dua jam lebih nak siapkan nasi kawah ni. Tapi berbaloi lah.... Boleh makan kerak nasi panas. Cecah pulak ngan kuah gulai... "Power" gak lah. Jadi amik gambar kat nasi kawah je, tak ada gambar pokok cili. Tak lama lagi, bertambahlah pesta kenduri. Masing-masing nak awalkan jadual kawin sebelum bulan puasa. Salam untuk bakal pengantin baru dari Pak Tani.

1 comment:

paragon4x said...

http://www.paragon4x.com/email/DTR_%20station_%20software/