Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 13, 2009

Waktu rehat untuk Cili Merah

Kami berehat di kebun cili dua tiga hari yang lalu disebabkan kerja tergendala kerana hujan. Banyak pokok cili kami tumbang menyembah bumi oleh pukulan angin. Air bertakung sana-sini dan tanah jadi lecak dan licin. Pokok fasa satu kami dah kekurangan buah yang boleh dikutip. Mungkin dah tiba waktu rehat sementara menunggu musim bunga. Kami sempat kutip untuk tempoh 3 minggu saja. Buah fasa dua kami masih belum masak walaupun dah cukup masa. Pindah pada 4 Mei lalu dan dah masuk 2 bulan lebih... seminggu lagi kot masaklah tu. Tapi daun-daun baru nampak macam nak kerinting sikit. Daun atas jadi kecil. Kelmarin kami tembak dengan Mitec kot-kot dia kena virus. Bagi pokok fasa 3, kami tanam cili Kulai 568 dan Kulai King ke polibag pada 30 Mei dan 13 Jun. Keadaan pokok Kulai King kurang memuaskan. Kebanyakannya jadi kurus tinggi macam pemain bolakeranjang. Kami tak biasa dengan spesis ni. Putik bunga dah banyak yang keluar dan tak setimpal dengan tumbesaran pokok. Kalau nak banding, syok lagi tengok Kulai 568 yang pokoknya hijau dan rimbun. Buahnya pun agak klasik pasal panjang dan agak lurus. Pedas betul kata kawan yang try makan terus selepas dipetik. Kerja-kerja memasang paip untuk fasa 3 dah siap, cuma nak menebuk lubang untuk micro-pipe je. Ni yang teruk sikit pasal lepas tu kena tekan nipper masuk. Sakit jari dibuatnya. Tapi kena buat juga, tak larat dah nak membaja secara manual. Masaalah utam la ni adalah pam yang kurang power. Nak beli yang 2hp pulak bajet masih out. Paip dan peralatan sambungan fasa 2 aje dah dekat 2 ribu melayang. Kena la tunggu hasil tuaian yang baru. OK, kali ni tak boleh nak cerita panjang. Tengah hangat dengan Manik Urai punya cerita. Ya lah nak tau jugak apa janji baru gomen kita. Ada undi ada janji. Tunai ke tidak belakang kira laa.... Kat P.Pauh pun janji, B. Gantang pun janji, Manik urai pun janji, P/raya umum dulu pun janji. Untung betul rakyat Msia ni. Macam-macam gomen bagi. Yang peliknya kat Manik Urai ni, gomen nak jadikan anak angkat kalau menang. Macam-macam pembangunan nak bagi. Kat tempat lain camno....!!!! Kat Kelantan tu gomen kalah semua kawasan ke? Tapi Bacuk dan banyak kawasan lain pun, rasanya menang. Janji dah tunai habis ke? Ngapa tiba-tiba aje semua nak bagi kat Manik Urai? Masa menang 2004 dulu tak sempat tunai janji kot... Tak aci la kalau pilih kasih. Guano demo ni, kawe poon nok meraso duit gomen jugakkk. Tok Najib wee, wii la kawe pitih sikit nok wat moda ni. Setakat ni alhamdullah, hidup kita aman damai dan cukup makan. Nak kaya tu susah lah sikit, maklum lah tanam cili aje..... Kami kat Pendang ni pun kami sedang tunggu janji gomen. Manalah tahu kot-kot peruntukan baru Tok Najib bagi TEKUN yang 150 juta boleh sampai kat kami. Tak yah la nak tunggu undi kot, lambat lagi rasanya. Wassalam dari Pak Tani.

No comments: