Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 7, 2009

Ulat Daun kat pokok Cili Merah

Kenkawan, Ulat daun pun makan daun cili jugak???? Tak berdengong ke diaorang. Cili ni kan pedas. Tak kira la daun ke batang. Setahu kami ulat daun ni telan daun tembakau aje. Ya....lah masa kami kecik-kecik dulu orang tua kami tanam tembakau. Jadi kami selalu gak tolong kutip dan buang ulat ni. Besar-besar ooo... ada sebesar jari kelingking. Kalau daun tembakau tu sebesar dua blah tapak tangan, tak sampai setengah ari abis kat dia. Setengah orang panggil "ulat susu". Kat Jepun, ulat ni la orang Jepun makan idup-idup. "Oishi-oishi" katanya. Sedap la tu... Minggu lepas kami nampak belalang kecik aje makan daun cili kami. Tapi kelmarin jumpa pulak dengan ulat ni. Tak sempat nak amik foto. Fasa satu dulu, tak ada ulat ni. Dah sembur ngan racun serangga pun ada jugak yang berani datang. Macam mana lak ni.... ada kenkawan yang boleh tolong ke? Wassalam.

3 comments:

Nizar - Project Manager said...

Sapa-sapa boleh rekomen jenis racun apa yang patut kami guna. Lagi baik kalau jenis organik.
Nak kurangkan penggunaan racun kimia.

cilipadi said...

Salam.
Ulat pada buah disebabkan lalat buah yang bertelur pada buah cili.
Untuk atasi serangan lalat buah boleh menggunakan cecair MosQ Attack. Cecair yang berbau ini menarik lalat buah datang kepadanya.
Letakkan MosQ Attack yang diletak pada kapas dan diletak ke dalam botol perangkap yang berisi air.
Apabila lalat buah masuk ke dalam perangkap, ia akan terperangkap seterusnya akan mati bila masuk ke dalam air.

Nizar - Project Manager said...

Terima kaseh cilipadi.
MosQ Attack tu ada kat kedai racun biasa tak?
Kalau pakai racun serangga biasa ni tak mati ke...
Kami sembur tiap 3-4 hari sekali.