Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 22, 2009

Susah gomen kalau kita terlebih ambil tau dan cheghedik sikit

Dah empat hari cili kami tak dapat dikutip kerana buah kurang. Mungkin petang nanti kot baru kutip untuk tempahan kenduri. Teruk juga hasil la ni, silap-silap tak lepas nak bayar duit baja AB. Gaji sendiri belum kira lagi. Waktu akhir-akhir ni ade lah masa sikit nak belek-belek paper dan cari berita terkini. Kelmarin smo sibuk pasal gerhana. Sampai yang berduit tu terbang pi ke India dan ada jugak ke China. Ya lah 3-4 puluh taun pulak baru boleh tengok detik dramatik cam ni.. Ni lah gerhana paling lama kata mereka. Kira nasib baik lah boleh tengok sekali seumur idup ni. Orang Astronomi tau lah "history" betapa pentingnya saat ini. Kat India pulak ada satu tempat tu jadi "stampede" kat sungai Ganges pasal ramai sangat nak tengok bulan. Satu orang meninggal. Pasal H1N1 pulak, Unesco tak bagi kanak2 dan orang tua wat haji taun ni. UiTM pun dah tutup kampus Seri Iskandar dan Permatang Pauh takut merebak. Kalau nak ikut kan, kat dunia ni macam-macam "happening" kalau kita rajin membaca dan mendengar. Bergantung pada minat kita. Ada yang gila bertani atau bekebun, gila gosip, gila movie, gila lagu, gila kerja, gila makan, gila shopping, gila tidur, gila bola, gila politik, gila glamor dan macam-macam lagi. Kategori gila tadi bukan nya gila babi. Gila cam ni paper bagi erti taksub lah. Jadi, manusia ni ada banyak kategori. Macam kat negara kita la ni, saudara tengoklah apa yang dah berlaku. Tak kiralah hari ni atau yang dah lepas-lepas ada banyak cita panas. Amik contoh dalam paper ari ni mengenai cerita hangit TBH lepas Tok Najib umum s/jaya semalam. Di satu pihak, smo sokong Tok Najib tubuh S/jaya dan Inkues. Telus untuk cari kebenaran. Di satu pihak lagi, smo komplen pasal apa buat dua. Patut satu saja s/jaya untuk siasat kes tu. Ini s/jaya nak siasat s/jaya. S/jaya yang disiasat tu baru aje parlimen lulus. Masa kat parlimen dulu tak abis siasat kot oleh orang politik ni. Di pihak Pak-pak Tani ni agaknya la nak dok belah mana? Takkan nak diam je, pasal smo orang dok cerita. Tak amik tau depa kata kita ni kuno, asyik ngan cili je, tanam padi je, toreh getah je, hambat lembun ngan kambing je yang depa tau. Antar dan amik anak skolah, mandi, makan, pi masjid dan balik tidur. Katalah pak tani cili ke padi ke getah ke rock melon ke.... ni terlebih tahu la sikit. Nak gak komen..... 1. Tenaga untung 149.9 juta (Berita Harian ari ni), apasal ada ura-ura nak naik tarif letrik? Tok Najib cakap lebih 1billion subsidi bagi lagi.... kalau tarik balik boleh bagi kat rakyat. 2. Yang subsidi petroleum masa rega turun dulu, gomen cakap nak bagi "improve public transport", apasal lak tambang bas skolah, teksi, bas ekpres naik smo? 3. OK masuk pasal s/jaya pulak. Ni petikan komen dari KU LI orang lama dalam politik:- http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/31953-its-not-about-100-days-its-about-the-future-of-malaysia-tengku-razaleigh

"Royal Commissions and their findings are not to be trifled with and applied selectively. Their findings and recommendations are conveyed in a report submitted to the King, who then transmits them to the Government.

Their recommendations have the status of instructions from the King. The recommendations of the Royal Commission on the Police have not been properly implemented.

The Royal Commission of Inquiry into the Lingam Video clip might as well not have been conducted, because its findings have been completely ignored.

Both Commissions investigated matters fundamental to law and order in this country: the capability and integrity of the police and of the judiciary."

Nak tau banyak lagi, pi kat Tengku Razaleigh punya link belah kanan. Ni baru satu dua contoh. Belum flash back yang lama-lama lagi. Kesah mata lebam, Pewaja, kisah kat Perak, kisah kat Teganu kita, balak Pahang dulu, Bakun, wang ehsan, dan bla bla..... Banyak tuuu. Lepas tu diam. Rakyat pun diam geram. Abis tu camno ni..... yang gomen buat, orang dalam gomen sendiri pun komplen. Dah cakap tak serupa bikin la tu. Pak Tani nak komen apa lagi. Pak Tani dok tengah2, atas pagar lah. Kalau kondem kan tak ada subsidi pulak. Jalan tar tak dapat, bantuan zakat tak dapat, dicop orang kampung sebagai geng pembangkang. Loan Tekun hangus la gayanya. Di Kedah ni pun depa kata pembangkang juga. Mana satu yang bangkang pun dah keliru jadinya. Last last meletup macam lautan kuning Bersih dulu. Abis smo kelam kabut. Tak mustahil jadi lagi cam tu kalau smo pak tani terlebih pandai. Mungkin jadi perhimpunan dalam bendang padi pulak, atau dalam kebun getah ke, kebun cabaiiii....... Mintak2 gomen pikir la sendiri. Tak smo orang kita ni diam dan bodoh piang. Cuma tak mau kecoh-kecoh aje. Banyak yang gomen buat tu tak kena. Tak sealiran dengan kehendak majoriti. Yang mana patut resign tu, belah lah secara terhormat. Bagi peluang kat generasi baru. Orang baru pun nak naik pangkat juga. Boleh bagi "ide-ide" baru. Salam berkerjaya dan kaya-raya dari pak tani.

No comments: