Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 20, 2009

Kat Msia ni ada 125 ribu kanak-kanak tak bersekolah - Berita Harian

  • NASIONAL
  • 125,000 tidak bersekolah

    SEPANG: Lebih 125,000 kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan tercicir daripada alam persekolahan di luar bandar dan pedalaman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. [+]

Apa komen anda? Kita ni dah lebih 50 tahun merdeka. Sejak 40 tahun lepas, Apolo pun dah berapa kali ke bulan. Kalau tengok NatGeo Astro, Mat Saleh dah buat kajian sampai ke 4, 5 dan 6 dimensi. Bukan nya tiga dimensi. Maknanya kita boleh nampak ke alam ghaib lah nanti kalau berjaya. NASA pulak sedang kaji nak bina telescop yang beratus kali lebih power dari "Hubble Space Telescope" nak teropong alam baru selain dari alam yang kita duduk la ni. Dia orang smo dah sampai ke peringkat tuuuu weee.... Kita kat sini nak pi sekolah darjah satu pun ada yang tak mampu lagi. Kat bawah ni berita dari Perth Australia:- http://www.news.com.au/perthnow/story/0,21598,25808130-5008620,00.html Susanna Dunkerley July 20, 2009 12:06pm

THE development of a revoluntionary giant telescope is a step closer with the Federal Govenment forking out $88 million towards its construction.When man first landed on the moon in 1969, Australia played a key role in beaming the first television pictures back to earth. To mark the 40th anniversary, the federal government has forked out $88 million to help develop a revolutionary giant telescope...........-------------------------------------------------------------

Tapi sapa yang nak kecoh-kecoh pasal yang tak mampu sekolah ni. Masing-masing tanggung sendiri.Sepatutnya 1Malaysia yang dah maju ni, tak ada la berita gini.

La ni pulak, smo orang politik dan menteri dok kalut ngan kes Teoh. Semuanya nak tumpang sekaki komen. Kita memang la bersimpati ngan keluarga Teoh. 1M macam satu keluarga la gitu. Sedih gak!!! Mintak2 tu lepas settle kes teoh ni, pikir-pikir lah pasal pelajaran kat anak2 kita untuk maju. Kalau kita baca lagi berita ekonomi pulak, semua kompeni untung. Bursa untung 35juta, PBank untung 1.2billion, ICT meningkat, Astro nak bagi dividen RM1/share dan Khazanah pun untung, Celcom berkembang ke lebih 9juta pelanggan, bla, bla.... Habis tu apasal ada lagi yang tak mampu nak masuk sekolah ni. Kalau miskin dan tak mampu, takkan badan- badan lain tak leh bantu. Gomen tak tolong ke? Ada jkk, ada kebajikan masyarakat, ada baitulmal, ada kemas, ada tabung adun, ahli parlimen, jentera parti dan macam-macam. Smo dok kat opis kot!!!! Tak ada masa nak jengok kat luar. Kalau kena jelajah kampung lagi teruk. Baik dok diam2 kat opis cukup bulan amik gaji. Bagi yang mana mampu antar sekolah pulak macam pak tani ni, dia orang cakap kena bayar PIBG la, yuran periksa lah, buku latihan lah, yuran hapa-hapa entah. Sekolah Tak free la tu kalau sepenggal kena beratus. Kalau ada 4 anak sekolah dah berapa kena?? Lepas SPM pulak kena wat loan PTPTN kalau nak sambung. Kena bayar lagi.... Dengar cita, kat Australia "education is free". Betoii ke... Yang mana dah keja kat pejabat tu, toksah keluar la. Panas dan jerebu lagi. Biarkan Pak Tani aje yang bepanas dan behujan. Rezeki lebih, boleh lah bagi sedekah pada yang tak mampu tu. Kami Pak Tani ni kena selalu kat luar, kalu tak abis pokok mati ooooo..... Malam tak palah pasal pokok pun tido jugak. Salam tani.

No comments: