Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 19, 2009

Higher demand for chili

Ni dapat tangkap sekor anak lipas tengah songlap cili kami. Siang hari pun dia sapu. Kami dok kutip cili kami kelmarin, sambil membebel pasal banyak buah cili yang busuk atau berair dan jatuh bertaburan. Tetiba bila tengah syok kutip, tengok ada cili yang belubang pulak. Rupanya lipas ni dok makan dan menyorok kat dalam buah cili. Sempat lah ambil gambar buat tatapan. Sayangnya buah-buah ni dah hampir masak tapi banyak yang luruh. Nak kata tak sembur racun, 4 hari lepas dah pun sembur. Minggu sebelum tu pun dah bagi dengan Menkozib. Top Sin pun selalu bagi gak. Patutnya buah dah elok dan tak busuk kalau ngikut kan teori. Minggu ni kami kutip sekali buah hijau tua dari fasa 2 untuk menambah kuantiti jualan. Buah tua dari fasa 1 dah kurang tapi permintaan dari pembeli agak menggalakan. Bekalan kami tak mencukupi. Jadi terpaksalah ambik dari fasa 2. Harga borong sekarang dah naik RM5.50/kg. Rugi rasanya kalau jumlah kutipan berkurangan. Kekawan yang buat projek kat Kepala Batas pun ada bagitau yang setengah tempat dapat sampai RM7.00/kg. Bagi pencili-pencili kawasan utara ni, mereka boleh lah tarik nafas lega berbanding dengan dua tiga bulan lepas. Mana-mana member yang baru mula mengeluarkan hasil, "planning" mereka memang cun lah. Bagi yang dah habis tuai, susah lah sikit nak cover kos pasal dulunya harga amat rendah. Kami ni kira ok jugak pasal buat berperingkat dan hasil sepanjang masa. Tapi buah yang dipasarkan tidak banyak. Bulan depan insyaallah dapat hasil lebih kerana fasa dua dah boleh petik. Lagipun tempahan awal dah mula masuk untuk hujung bulan ni dari orang kampung yang nak buat kenduri. Member kita Lan, dari teratakmaya pun order tiap-tiap hari tapi kami tak sempat nak "support" pasal bekalan tak cukup. Boleh bagi sikit-sikit je. Kami juga dapat permintaan untuk membekal pokok cili yang dah berbuah ni. Setengah nya pasal nak guna untuk pameran kat ekspo. Ada juga yang nak cover projek mereka yang kurang kuota pasal kena penyakit. Yang beli nak buat hiasan pun ada jugak. Kami bagi murah-murah aje sebagai promosi. Sesiapa yang berminat nak beli 4-5 pokok untuk hiasan, mai lah tempat kami. Kunjugan anda amat dialu-alukan. Selamat bertani.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik