Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 29, 2009

Anak cili pendang - Top Student at SK Tanah Merah

Minggu lepas, maknya pi sekolah atas jemputan pihak sekolah SK Tanah Merah. Alhamdulillah, Emalin dapat nombor satu dalam kelas dia. Seronok betul maknya. Kita ni tak boleh pi lah pasal kena bagi baja kat pokok cili. Lagi pun, pasang mikro tube tak abis lagi. Ada 4-5 lorong lagi tak siap. Musim panas pulak tu, sekam cepat kering. Antara 4 orang anak kami, Emelin ni yang paling pendiam. Tak banyak cerita macam kakak dia. Abang dah masuk menengah. Hanya dia ngan kakak dia pi SK Tanah Merah. Balik petang tu ceria betul dia pasal dapat hadiah dari cikgu. Tapi tak ambil gambar masa majlis penyampaian tu, tak leh tayang kat sini la. Ya lah anak happy kita pun happy!!! Kami bercadang nak beli meja study kat diaorang, tapi rezeki cili masih kurang lagi. Tak sempat nak suport dan modal pun dah kering. Cobaaannn.. Apapun kami akan cuba sediakan yang terbaik untuk mereka. Pelajaran anak-anak ni tak boleh diabaikan. Bayangkan nak tanam cili pun kena ada ilmu jugak. Mana boleh redah jee.. Alamat melayanglah modal puluh ribu nanti. Salam tani. "Anak didahulukan, pencapaian hasil cili diutamakan"

2 comments:

ANAK PAK UTUH said...

Saya jumpa cara baru utk gantikan arrow dripper iaitu menggunakan mata mesin rumput(jenis palastik kabel) cucuk pada tiup sphagheti... lebih murah, tak patah dan tak mudah sumbat.

Nizar - Project Manager said...

Macam mana tu? Boleh tunjuk gambar tak....
Rasa nya pakai micro tube tak sumbat kot pasal
lubang nya dah besar. Saya punya OK aje.