Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 1, 2009

Kos dan Pemasangan Sistem Fertigasi untuk Cili Merah

Salam tani, Sehari yang lepas kami dah mula melakukan kerja tahap akhir pemasangan sistem paip ala fertigasi titis (drip fertigation). Sistem yang kami pasang ini dikirakan yang paling "simple" dan "cost effective" sesuai dengan keadaan ekonomi semasa yang masih gawat. Kos ini adalah untuk fasa ke-2 seribu pokok dalam 40 lorong. Jadi kami kena buat pemasangan untuk 20 saluran paip baja AB dan untuk siraman air. Sebenarnya ada 17 saje, lagi 3 lorong tu standby nak pindah pokok kemudian nanti. Peralatan yang digunakan:- 1. Tangki Baja - dapat percuma (Tangki kat kedai untuk 600 gelen +RM 500) - Kami gunakan kolah simen lama yang orang kampung guna untuk tadah air hujan. Kapasitinya lebeh kurang 600 gelen. 2. Pam Air 1HP - RM 255 3. Paip 1 inchi (main line) - RM 98 /1 gulung (100m) made in China w/o SIRIM - Kalau yang ada chop sirim mahal laa. 4. Paip 3/4 inchi (supply line) - RM 58 X 4 gulung (100m) = RM232 5. PVC MTA 1" - RM 2.40 X 3 biji = RM 7.20 6. T- Joint untuk 1" - RM 4.80X 2 biji = RM 9.60 7. T-Joint 1" ke 3/4" - RM 4.50X 20 biji = RM 90 8. ON-OFF soket 1" - RM 7.80 X 3 biji = RM 17.40 9. ON-OFF soket 3/4" - RM 5.80 X 20 biji = RM 116.00 10. M Soket 3/4" - RM 1.50 X 20 biji = RM 30.00 11. End cap 1" - RM 2.80 X 2 biji = RM 5.60 12. End cap 3/4" - RM 2.40 X 20 biji = RM 48.00 13. Nipper - RM 0.15 X 1000 biji = RM 150.00 14. Micro tube 6mm - RM 26.80 X 10 = RM 268.00 15. Penebuk paip - RM 2.80 - beli 2 atau tiga untuk cepatkan kerja. 16. PVC paip nipis 100m - RM 80.00 - untuk potong 2 inchi panjang sebagai penahan pancutan air dari micro paip dalam polibag. 17. Gunting - RM 4.80 ( untuk potong paip nipis penahan air) 18. Drill elektrik dan mata penebuk. 19. Penapis Air 1" - yang ni kami tak beli pasal kat penyedut pam dah ada. - lebih elok sediakan satu untuk penjagaan sistem supaya tak tersumbat untuk jangka masa panjang. Bagi yang kurang arif pasal soket paip dan cara nak sambungnya, pergi kat kedai "hardware" yang jual paip. Dia orang ada contoh lengkap saiz soket dan cara penyambungan sekali. Lebih senang kalau guna soket yang jenis skrew (thread). Tak perlu pakai glue. Tapi pastikan anda ada lakaran kedudukan tempat dan berapa jumlah saluran yang perlu bagi kawasan tanaman anda. Dia orang akan cadangkan jumlah penyambung T, elbow, stepdown, saiz paip, alat bantuan kerja dan apa-apa yang berkaitan. Cara ini akan menjimatkan masa ulang alik ke kedai kalau barang perlu tidak mencukupi. Cara pemasangan:- 1. Sambungkan paip 1" ke sistem pam. Kalau masa beli dah minta pasang siap lagi senang. 2. Pasangkan T-Joint 1" dan 2 ON-OFF 1" dari pam ke 2 sistem saluran paip untuk memudahkan pengawalan aliran kepada 2 kawasan tanaman secara berasingan. Kaedah ini boleh di kurangkan kalau kita menggunakan pam air yang berkuasa tinggi i.e 2HP. Tapi mahal lah sikit dalam RM 500+. 3. Potong paip 1" (main line) mengikut jarak dari pam ke kawasan pertama. Jarak kawasan satu kami lebih kurang 150 kaki. 4. Potong paip 1" untuk jarak antara lorong satu dan lorong 2. Lebih kurang 5 kaki. Kawasan satu kami ada 10 lorong, jadi kenalah potong sebanyak 10 batang. 5. Kemudian potong paip 3/4" (supply line) sepanjang jarak dari depan ke hujung barisan pokok. Jarak barisan pokok kami adalah 70 kaki untuk 50 pokok. 6. Sambung T- Joint 1" ke 3/4" dari "main pipe" ke "supply line" dengan menggunakan M soket. Pastikan setiap lorong ada ON-OFF soket 3/4" untuk memudah kita tutup satu-satu lorong sekiranya tekanan tidak mencukupi. 7. Tutup bahagian hujung paip "supply line" dengan "end cap 3/4". 8. Ulang langkah 5 ke 7 sehingga mencukupi untuk tiap-tiap lorong. 9. Tutup bahagian hujung paip "main line" dengan "end cap 1". 10. Periksa setiap penyambung supaya cukup kuat dan tidak berlaku kebocoran air. 11. Gunakan dril untuk menebuk lubang di "supply line" paip 3/4" mengikut kedudukan polibag. Kerja ini mesti dilakukan dengan teliti untuk mengelak dari tersilap tebuk atau terlebih yang akan mengakibatkan paip bocor. 12. Ambil "nipper" dan cucuk ke setiap lubang yang telah ditebuk tadi. 13. Potong "micro tube" mengikut kesesuaian jarak polibag ke paip 3/4" 'supply line". Lebih kurang 2 kaki 1/2 tiap satu. 14. Sambungkan micro tube ke "nipper" dan satu hujung lagi ke dalam polibag. 15. Potong paip PVC nipis sepanjang 2" dan tebuk dengan penebuk supaya "micro tube" boleh di tolak masuk dan letakkannya dekat dengan pangkal pokok. Pastikan tidak terlalu dekat kerana air awal biasanya agak panas dan tidak digalakkan terkena akar pokok. 16. Apabila kesemua kawasan satu ini telah siap dipasang "micro tube" dan diletak ke setiap polibag, maka ujian tekanan air boleh dilakukan untuk memastikan setiap polibag mendapat bekalan. 17. Periksa kedudukan pam supaya stabil dan tidak bergegar. 18. Tutup ON-OFF soket ke kawasan tanaman 2 yang belum lengkap dan buka soket ON-OFF kawasan satu untuk tujuan ujian. 19. Buka aliran ON-OFF untuk semua lorong secara serentak. Kemudian masukkan bahagian penyedup air dari pam ke sumber bekalan air, samada tangki atau pun perigi. 20. Buka suis pam dan biarkan selama 10 minit. 21. Periksa keadaan tekanan air setiap lorong dan ke setiap polibag untuk memastikan aliran air. 22. Tekanan air boleh dinaikkan sekiranya ada lorong yang tidak mendapat bekalan. Caranya dengan menutup separuh dari aliran air ke lorong. Contohnya buka 5 saluran dan tutup 5 saluran. 23. Jangan lupa untuk memeriksa kesan bocor ke semua bahagian bagi mengelakan kerugian bekalan. 24. Apabila semuanya OK, maka boleh lah anda siapkan penyambungan di atas untuk kawasan tanaman yang kedua. Untuk peringatan:- 1. Cara yang kami jelaskan ini adalah untuk kesesuaian bagi pam air yang berkuasa rendah di mana kita terpaksalah lakukan penyiraman secara berperingkat. 2. Pastikan juga bancuhan baja AB adalah mencukupi untuk setiap peringkat pembajaan bagi mengelakan kerosakan pam (overheat) sekiranya air baja kering. 3. Timer boleh juga digunakan sekiranya anda telah biasa dengan aturan dan sukatan yang dihasilkan nanti. Sila rujuk gambar yang disertakan secara ringkas. - Satu post boleh masuk 5 keping gambar je.... - Boleh tengok kat post yang seterusnya... Anggaran kos yang dibelanjakan untuk adalah RM 1,500.00 sekiranya tangki air telah sedia ada. Kos satu pokok RM 1.50. Dengan jumlah peralatan yang minima dan kualiti sederhana kalau dibandingkan dengan RM 10.00 satu pokok bagi kos yang standard. Ini tidak termasuk upah kerja sebab buat sendiri dengan bantuan keluarga. Anda juga boleh pelbagaikan kegunaan satu pam air ini untuk baja AB dan juga untuk siraman air biasa. Tapi kenalah "modify" sikit paip dekat pam dengan penyambung T soket. Dua saluran untuk air keluar dari pam beserta dengan ON-OFF soket. Bahagian penyedut pam pula mesti mudah alih dan cukup panjang. Contohnya, sedut air dari perigi ke dalam tangki. Bancuhkan baja AB dalam tangki. Kemudian alihkan penyedut masuk ke tangki dan gunakan untuk penyiraman. Pastikan ON-OFF soket disetkan mengikut kesesuaian arah aliran yang perlu. Selamat mencuba. Kalau nak tengok yang kami punya, mai lah kat Pendang ni...

1 comment:

Anonymous said...

barbecue sesh is aрprοachіng. If I can just understand this content in
thе next 15 minutes Ι'll be able to unwind and have fun.

Have a look at my homepage; cheap personal loans