Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 14, 2009

Hooray, cili dah keluar putik bunga

Rasanya masa berlalu begitu cepat. Cili yang kami baru pindahkan ke polibag fasa kedua bulan Mei lalu dah mula keluar bunga. Daun dan tunas bawah masih banyak lagi yang belum dibuang sedangkan pokok dah mula bercabang "Y". Kalau ikut 'Law Cili" semua daun dan tunas di bawah cabang Y mesti dibuang. Ini kerana pokok tu dah masuk alam remaja atau "akil baligh" dan bersedia untuk menghasilkan bunga-bunga buah. Oleh kerana cuaca panas dan pokok yang terlalu banyak, kerja-kerja mencantas sebegini amat memenatkan dan remeh. Tapi mesti dilakukan juga demi meningkatkan hasil keluaran nanti dan untuk menjimatkan baja dari digunakan tunas bawah. Pertumbuhan pokok juga akan lebih sihat selepas dibuang tunas bawah. Setakat 10-20 pokok hiasan kat rumah tak apalah. Kalau dah beribu pokok, jenuh ooiii.... Fasa 3 kami berjalan agak perlahan disebabkan benih yang kami semai April lalu kekeringan. Dari 1500 pokok, hanya seperempat aje yang boleh pindah. Nasib baik kami dapat bantuan dari Abang Din, rakan lama MARZ Marketing kat Sungai Petani. Dua hari lepas kami amik anak benih Kulai King sebanyak 400 pokok dan lagi 2 minggu 400-500 pokok lagi booking ngan Abang Din. Subur pokoknya dah setinggi 1/2 kaki. Alhamdulillah, semuanya dah dipindah ke polibag. Tunggu lagi 400-500 pokok, pas tu cukuplah dulu kot. Lagi pun buah yang fasa satu tu dah kena kutip hasil. Dan banyak yang masak MERAH. Tak cukup kakitangan nak wat keja... Ni nak tolong promote company ABG Din. RBI TEGUH AGRO ENTEPRISE Kaw. Perindustrian Taman Ria Jaya. (Owner: Riazam Ibrahim 016-4135598) adik abg Din.

2 comments:

my1166agro said...

assalamualaikum..

terima kasih info yang diberi hasil dari pengalaman sendiri..bagus bagi kami yang baru nak mencuba..boleh dapat pengetahuan..
mengenai syarikat RBI TEGUH AGRO ni ada jual semua peralatan fertigasi ke..

Nizar said...

Kami kat Pendang ni, beli peralatan fertigasi
kat PS Pengairan Sdn Bhd.
RBI Agro tu setahu saya ada benih semaian dan baja aje.
Kalau dekat dgn A/star, boleh dapatkan kat Jalan
Mergong.
Harap dapat membantu.