Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 28, 2009

Harga Cili Merah dah agak stabil

Selamat Hari Minggu, Bagi warga tani hari minggu ni, macam hari biasa juga kena masuk tengok tanaman, pasal pokok-pokok tak boleh dibiarkan kering, layu atau terkena jangkitan. Biasanya hari minggu untuk kebanyakan petani agak sibuk, terutamanya untuk memasarkan hasil tanaman. Kebanyakan orang makan gaji akan pergi ke pasar pada hari minggu laa. Hasil cili merah kami agak banyak minggu ni dan sempat dijual kelmarin ke Seberang Jaya. Harganya dah OK sikit, pemborong limau kami dulu ambik cili kami ngan harga RM4.50 sekilo. Kalau tolak kat Pendang ni, depa ambik RM3.50 je, mungkin supply banyak kot. Tapi kami maintain jugak supply kat pemborong di sini. Mungkin seminggu lagi harga borong naik ke RM5.00. Hari minggu ni, kami sempat memasang peralatan paip system fertigasi. Kami bahagi kepada 4 bahagian. Mula-mula buat satu bahagian dulu untuk lebih kurang 700 pokok dari fasa 2 pasal tengah rancak mengeluarkan buah. Balance pokok fasa 2, kami akan pasang minggu depan. Fasa 3, belum pindah masuk lorong lagi, jadi sistem paip ni buat kemudian. Kerja-kerja pemasangan tak dapat diselasaikan sepenuhnya akibat kekurangan pembantu. Paling memenatkan adalah untuk menebuk lubang kat "supply-line" dan nak cucuk nipper selepas tebuk lubang. Kerja penyabungan "main-line" taklah teruk sangat. Kami gunakan formula 1 inchi paip untuk " main-line" ke 3/4" paip bagi "supply-line". Jadi saluran supply line tu agak besar saiznya untuk jarak yang jauh. Baru air baja boleh sampai ke pokok yang hujung sekali. Dua stop valve digunakan untuk main-line. Ini dilakukan untuk mengelak tekanan rendah apabila pam digunakan serentak ke seluruh kawasan. Terpaksalah kami lakukan 2 kali kerja penyaluran air baja. Kalau ada bajet lebih nanti, kami akan dapatkan satu lagi pam 1HP bersama tangki baru. OK, nanti kami akan update selepas sistem fertigasi kami lengkap sepenuhnya. Salam tani untuk semua.

Tuesday, June 23, 2009

Realiti Projek Cili Fertigasi

Salam sejahtera, Kami melawat ladang RBI Agro dua ari lepas. Tujuan kami nak tengok keadaan anak cili Kulai kami order yang kena "virus attack" tu. Pengarah Urusannya En Riazam sedang sibuk meracun pokok-pokok cilinya. Memang teruk dan kesian tengok anak semaian kami yang habis layu dan kerinting walaupun cuba dipulihkan dengan racun. Dok dalam ICU laa... Tak boleh recover dah kot !!!! Pembantunya, Kak Ani cakap: "Semaian backup yang baru, mungkin seminggu lagi boleh pindah ke polibag. Tapi tak banyak. Nak tambah lagi ke.." Kami cakap nak tambah 4 tray lagi, jadi Kak Ani kenalah semai tambah. Kami pun dah jadi bercelaru dengan jadual projek yang tertunda dan qty pokok yang tak boleh nak disetkan dengan tepat. Kejap 1500, pastu jadi 1000. Ni Fasa 4 kami nak jadi brapa qty pulak. Berapa yang mesti spare untuk sulam pokok yang "NG". (NG tu No Good orang Jepun cakap) Kami masuk kat area projek RBI yang dah mula mengeluarkan buah sulungnya. Ade lah dalam seribu pokok lebih, sambil peghati tokei Riazam meracun. Memang banyak pokok yang kerinting, layu, daun kuning, kurus kering, buah kemetot, polibag koyak dan macam macam keadaan yang kurang elok. "Kena guna 3-4 jenis racun. Banyak penyakit pokok cili ni...." Riazam dengan nada mengeluh dan hampa. Teruk betul keadaan nya dalam uniform tani dan penutup mulut. Satu badannya lencun dengan peluh sambil memegang alat penyembur racun. "Banyak yang kena ganti balik, pokok mati". Tambah Riazam. Buah cilinya akan masak dalam anggaran dua minggu lagi. Sistem pengairan fertigasinya menggunakan pam generator. Kami selak-selak kat penyabung "T-joint" dan micro piping yang dia orang buat. bukan apa, nak belajar cara nak sambung pasal minggu depan kami nak pasang sistem paip kat projek kami. Nasib baik dapat bantuan dari family yang prihatin, boleh lah wat beli barang untuk fertigasi kami yang dah 4 bulan "behind schedule". Itulah realiti projek cili. Modal besar, tapi hasilnya belum tentu. Takdir Ilahi yang tentukan. Nasihat kami bagi orang baru, sebelum redah tu rajin-rajin lah ricky kat member yang dah terpalit dengan cili ni. Panas ooooooii... "SAPA MAKAN CILI, DIA LAH YANG RASA PEDASNYA" Sapa yang wat fertigasi cili, terasa lah dia bahangnya.... Selamat berusaha dan majujaya.

Sunday, June 21, 2009

Anak Cili Kulai King

Selamat Hari BAPA untuk semua warga tani,
Kali ni kami nak paparkan gambar-gambar yang kami ambil dari kebun kelmarin.
1. Gambar tumbesaran anak semaian Kulai King dalam fasa ketiga kami.
- Pokok ni dah masuk satu minggu dipindah ke polibag.
Dari segi saiznya, ia lebih besar dan tinggi dari Kulai 568.
Ada dua tiga pokok yang pucuknya jadi kemetot. Mungkin mabuk baja kot.
Abang Din dari RBI Agro ada call bagitau yang baki anak cili kami dah terkena virus.
Habis 4 tray yang patut kami tanam minggu depan dah kantoi.
Dia terpaksa buat semaian baru. Kena lah postpone lagi jadual baki fasa ketiga ni.
2. Set gambar yang kedua.
- Ini adalah perkembangan dari fasa 2 yang kami tanam pada 4hb. Mei lalu.
Kebanyakan pokok dah mengeluarkan bunga. Separuhnya dah ada buah sepanjang 4-5 inci.
Seronok tengok pokok-pokok yang dah berbuah ni. Rasa berbaloi dengan penat lelah selama ni.
Dari segi tempuh masa berbunga, fasa 2 ni adalah lebih cepat berbanding dengan fasa 1.
Mungkin proses pendebungaan lebih aktif dengan bantuan dari pokok lama yang dah berhasil.
Setakat ni, tiap-tiap hari dah dikutip antara 8-10 kilo.
Peniaga kat pasar tu nak bekalan tiap-tiap hari.
Harga sekarang masih murah iaitu RM3 sekilo. Tapi kat pasar malam dia orang jual sampai
RM8 sekilo. Kami ingat nak hantar kat Pasar Seberang Jaya pulak kerana harganya lebih tinggi.
Kalau dapat RM5 sekilo baru lah "break-even" dengan usaha dan modal kami.
Diharapkan harga meningkat sikit bulan depan. Bukannya nak doakan harga cili naik, tapi ikutlah
harga patut. Kesian kat petani-petani kecil ni. Kalau naik sampai RM15-18 sekilo tu, naya lah kat
pengguna pulak. Mat Saleh cakap biarlah "win-win situation".
Ada sikit info baja untuk cili ni.
Kami dapat sample dari baja "tahi cacing" dari kawan kami di Kulim. Dia orang ada buat ternakan
cacing. Jadi dok promote lah baja ni kat kami walau pun kami guna sistem fertigasi.
Kami nak cuba kat 10-20 pokok untuk R&D. Kalau berhasil boleh lah order 2-3 tan nanti.
Kalau sapa-sapa nak baja ni, hantar email kat kami.
Selamat Hari BAPA.

Monday, June 15, 2009

LOAN FOR AGRICULTURE

Ari ni, saya mencari-cari kat Google search pasal loan pertanian. Maklumlah duit poket dak pokai, tapi banyak lagi peralatan yang kena order. Dari Google, dapat laaa... Jumpa iCGC, CGC mempunyai pelbagai skim untuk memenuhi kehendak anda.
Skim Jaminan Laluan Terus
Skim Jaminan Usahawan Kecil
Credit Enhancer Islamic Scheme
Skim Jaminan Anjal
Skim Pembiayaan Francais
Skim Jaminan Laluan Terus Islam
Skim Kredit Enhancer
Direct Access Guarantee Scheme Start Up
Skim Jaminan Bank Terus
Jumpa BANK,

Bank Industri & Teknologi Malaysia Bhd.

http://www.bankindustri.com.my/

Bank Pertanian Malaysia

http://www.bpm.com.my/

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd

http://www.bpimb.com.my/

Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF)

http://www.midf.com.my/

Sabah Development Bank Bhd

http://www.borneo-online.com.my/sdb Jumpa MARA,
Skim - Skim Pembiayaan
Skim Pembiayaan AM Skim Pembiayaan Kontrak Skim Pembiayaan Khas Pembuatan
Skim ini merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan pagangkutan. Pembiayaan untuk kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerja elektrikal. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam. Pembiayaan khusus bagi projek-projek menggunakan teknologi tinggi dengan keutamaan kepada projek-projek pembuatan, perlancongan, secara pakej dan projek perkhidmatan serta profesional.
Banyak betul pihak yang nak bagi bantuan ni. Naik pening pulak. Mana satu ni nak pi mintak. Boleh tak sapa-sapa bagi nasihat? Bukannya banyak, nak dalam RM 20,000 je...

Sunday, June 14, 2009

Hooray, cili dah keluar putik bunga

Rasanya masa berlalu begitu cepat. Cili yang kami baru pindahkan ke polibag fasa kedua bulan Mei lalu dah mula keluar bunga. Daun dan tunas bawah masih banyak lagi yang belum dibuang sedangkan pokok dah mula bercabang "Y". Kalau ikut 'Law Cili" semua daun dan tunas di bawah cabang Y mesti dibuang. Ini kerana pokok tu dah masuk alam remaja atau "akil baligh" dan bersedia untuk menghasilkan bunga-bunga buah. Oleh kerana cuaca panas dan pokok yang terlalu banyak, kerja-kerja mencantas sebegini amat memenatkan dan remeh. Tapi mesti dilakukan juga demi meningkatkan hasil keluaran nanti dan untuk menjimatkan baja dari digunakan tunas bawah. Pertumbuhan pokok juga akan lebih sihat selepas dibuang tunas bawah. Setakat 10-20 pokok hiasan kat rumah tak apalah. Kalau dah beribu pokok, jenuh ooiii.... Fasa 3 kami berjalan agak perlahan disebabkan benih yang kami semai April lalu kekeringan. Dari 1500 pokok, hanya seperempat aje yang boleh pindah. Nasib baik kami dapat bantuan dari Abang Din, rakan lama MARZ Marketing kat Sungai Petani. Dua hari lepas kami amik anak benih Kulai King sebanyak 400 pokok dan lagi 2 minggu 400-500 pokok lagi booking ngan Abang Din. Subur pokoknya dah setinggi 1/2 kaki. Alhamdulillah, semuanya dah dipindah ke polibag. Tunggu lagi 400-500 pokok, pas tu cukuplah dulu kot. Lagi pun buah yang fasa satu tu dah kena kutip hasil. Dan banyak yang masak MERAH. Tak cukup kakitangan nak wat keja... Ni nak tolong promote company ABG Din. RBI TEGUH AGRO ENTEPRISE Kaw. Perindustrian Taman Ria Jaya. (Owner: Riazam Ibrahim 016-4135598) adik abg Din.

Friday, June 12, 2009

Bad news for farmers due to El Nino effect

Ini ada berita kelmarin yang kurang enak untuk petani. The Star melaporkan Msia akan mengalami kemarau hingga September nanti. Terpaksalah standby tangki air lebih besar untuk siram pokok. Bagi yang bergantung dengan air parit, air sawah dan telaga tu - eloklah bersiap sedia dari awal pasal sumber ni akan jadi kering. Nak bergantung ngan paip PBA, parah bila dapat bil hujung bulan.

Wednesday, June 10, 2009

Sudden Death for Chilli

Salam sejahtera buat peminat cili, Hari ni kami nak cerita pasal masaalah cili kami. Cili kami kena serang penyakit baru, tetiba aje layu dan tidur. Banyak gak yang kena penyakit "sudden death" ni. Dua minggu lepas kena 3-4 pokok yang dah berbuah. 3 hari lalu ada lagi yang kena. Kami ingat kesan dari musim panas, jadi kami siram lah air lebih sikit. Pun tak jadi. Ada satu pokok tu pulih balik tapi lepas seminggu kena lagi. Kami dah sembur ngan racun kulat TOP SIN untuk semua pokok atas nasihat saudara "Lan and Partner". Kami praktikkan 3 hari satu kali sembur racun dan guna 3 jenis racun yang berlainan termasuk MITEC. Photo ni menunjukkan keadaan pokok yang tiba-tiba kena "attack". Sedih betul rupa nya...... Satu lagi tu perbandingan dengan pokok yang sihat. Ada tak doctor cili atau pakar dan paramedic yang boleh bagi PETUA ke... Wassalam.

Tuesday, June 9, 2009

Permulaan untuk fasa 3 - Angkut polibag

Minggu lepas, kami telah mendapat khidmat tuan lori yang saudara Lan (teratak maya) rekomenkan untuk memunggah polibag dari tapak projek Lan ke tempat kami. Jaraknya lebih kurang 8 km aje. Lan cakap dia ada lebih dari 2000 polibag yang telah diisi dengan medium sekam padi. Sebenarnya kami dah kontek sebulan yang lalu minta bantuan dari Lan. Projek dia dapat dapat hasil pun... seronok betul tengok di kutip cili Merah. Oleh kerana demand untuk sekam padi ni terlalu tinggi terutama waktu musim menanam padi, sekap wap yang kami order lebih dari sebulan, tak sampai-sampai kat tapak kami. Dia orang guna sekam untuk semai benih padi. Setelah setuju dengan" harga adik-beradik" yang ditetapkan, operasi kami pun bermula. Keadaan agak teruk pasal malam sebelum tu hujan lebat, maka polibag pun berenang-renanglah kat tapak projek tu. Terpaksalah kami angkut sekali dengan air dalam polibag tu. Berat ooooo... Kami mampu angkut lebih kurang seribu polibag saja setelah lebih dua jam bertungkus lumus bersama dengan 3 orang ahli kami. Lan pun sempat datang menghulur bantuan. Kami tak larat nak selesai misi ini kerana terlalu letih. Dah tak larat dahhh..... dan akan kembali seminggu dua lagi setelah polibag kering dan ringan. Projek Manager kami cakap, inilah dugaan dan cabaran yang kena lalui sebagai Pak Tani. Kena banyak bersabar dan berdoa. Wassalam.

Monday, June 8, 2009

Resipi Ulam Cili Hijau

Salam untuk semua, Kali ni saya nak perturunkan satu resipi baru. Recipi ini baik untuk kesihatan kerana cili ni mempunyai banyak khasiat, terutama cili hijau. Bagi pengusaha cili, boleh ambil cili dari pokok yang patah dahan akibat dari buah yang lebat. Tak lah membazir buahnya. Lagi pun kalau banyak sangat dahan patah, jual saja cili hijau kat pasar dan promote resipi baru ni. Lihat petikan artikle di bawah:-

Nutritional Value

Are chillis good for me or bad for me?

The nutritional value of capsicums lies in their vitamin content. Vitamins A, C and E are present in sweet and hot chilli peppers, the sweet having particularly large amounts. As a matter of fact, 1 ounce of raw sweet pepper contains approximately 40 mg of Vitamin C, which is two thirds of the recommended daily intake of that vitamin. However, chilli peppers and sweet peppers lose their vitamin content when they are cooked or pickled, or if they are allowed to ripen too much. Scientists say that chillis add more than just flavour to the diet. Capsaicin stimulates the appetite, helps to clear the lungs, improves circulation and acts as a painkiller for rheumatoid arthritis sufferers. Capsaicin, once ingested, causes the brain to release endorphins into the bloodstream which can induce a natural feeling of well being similar to that achieved by long distance runners. If you ever wondered why long distance runners seem to enjoy running, just eat a few nice hot chillis and experience the feeling for yourself.

Courtesy from:

http://www.chillifarm.com/chilli_info/nutritional_value.asp OK, resipi nya. Bahan-bahan:- 10 biji cili hijau segar - dari pokok cili yang patah dahan 15 ml sos BUDU (fish sauce) 1/2 biji limau nipis 1 plate nasi "Bird of Paradise" - yang ni tanpa kanji Lauk-lauk sampingan yang lain seperti ikan temenung goreng, kuah asam pedas, dll Cara-cara:- 1. Asingkan buah cili hijau dari dahan pokok yang patah tu. 2. Basuh buah cili dan limau nipis serta bilas 3 kali. 3. Potong 2-3 biji cili hijau tadi nipis-nipis. 4. Masukkan sos budu ke dalam mangkuk kecil. 5. Perahkan asam limau nipis ke dalam mangkuk budu. 6. Gaulkan cili yang dah dipotong tadi ke dalam mangkuk. 7. Cili yang selebihnya dibuang tangkai dan letakkan dalam piring. 8. Hidangkan bersama dengan lauk ikan serta kuah asam pedas dan nasi. Sekarang, makan malam telah tersedia secara ala kadar. Selamat mencuba.

Fasa 2 Seribu Pokok

Fasa 2 seribu pokok telah dipindah ke polibag pada 4hb may lepas. Setakat ini alhamdulillah, pokok-pokok tu membesar dengan sekata. Jadual kerja sangat padat kerana pokok baru ni mesti di cantas buang daun bawah. Ini untuk mencepatkan proses pembesaran pokok. Baja AB di siram 3 kali sehari secara manual. Kami menggunakan pam 1HP untuk "backup" semasa cuaca terlalu panas. Kami masih menunggu modal untuk membeli peralatan system fertigasi penuh. Budget yang diperlukan dalam anggaran RM 8,000.00. Lebih kurang 10-15 pokok "mati pucuk" tanpa sebab. Mungkin suhu terlalu tinggi dan kering. Bahagian atas pucuk menjadi kering, tapi separuh batang bawah masih OK. Kelmarin, pucuk baru mula keluar dari batang bawah. Ini photo keadaan pokok Fasa 2 yang telah berusia satu bulan. Kami jangka pulangan hasil dapat dipasarkan untuk bulan Ramadhan nanti. InsyaAllah, kalau permintaan tinggi harga pasaran cili Merah ini akan naik.

Cili Kulai dah mula masak

Hari ni dah masuk 2 bulan 10 hari dari tarikh pindah semaian ke polibag. Sejak dari 27hb. Mac 2009. Nampaknya dah ada 4 ke 5 biji cili dah bertukar ke warna merah. Tapi tak lah merah keseluruhan, hanya separuh hujung saja. Member kami cakap (namanya Roslan dari teratak maya), ianya makan masa sikit nak masak dari mula berbuah. Kena lah banyak bersabar. Walaubagaimana pun, kami bersyukur kerana akhirnya Allah swt memberi rezeki ini. InsyaAllah, tak lama lagi penat lelah kami membawa hasil.

Photo Project Manager in action

Salam sejahtera, Pengenalan Bahagian Dua. Kami nak perkenalkan Pengurus Projek kami. Name: Mohd Nizar Health: Physically fit, hardworking, always on time and friendly. Status: Married with 4 kids. Favourite drink: Fresh Coconut water. Hobi: Listen to local music. OK, ni photo the man in action. Seminggu dua ni panas terik dan hujan tak turun. Terpaksa lah pakai air hujan buatan. Nasib baik ada junior manager yang sama-sama membantu sempena cuti sekolah. Kesian tau kat pokok cili tu, jadi layu pasal tak cukup air.

Thursday, June 4, 2009

Sample Halaman Kami

Progress pokok cili fasa satu

Salam untuk semua, Ni photo yang kami snap last week. Pokok cili sedang rancak mengeluarkan buah sulung. Dijangka masak minggu ini.