Welcome Note:


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 20, 2009

What to do next year? 2010

Blurrrrrrrrrrrrrr.........

What to do next year? Is there any new project available for us?
Time to plan and think forward.
And another new resolution to come....

Maal Hijrah has passed. The award has gone to Tan Sri.
Muslims have come to another NEW YEAR.
XMAS, another 3 days to come.
Heavy snow all over Europe.
Most part of US is now facing extra snow balls with some
part is minus 21 degree. Eurostar stranded, thousands stuck
in midway holiday trip.
Next week come another World's NEW YEAR

So what is in store for us?
PLENTY or only a teaspoon of wealth or just a penny.
Based on latest budget, there a millions to come.
But where will it be landed? GOD knows.....

Blurrrrrrrr......
Another week  left to make a plan with zero budget.

To our friends,
Is there any proposal to let us know?
Let us share together.

Happy New Year to all.

Wednesday, December 9, 2009

I got a recipe for your dinner TODAY.

Hi Friends,
As promised earlier, here I post you the link to the right
recipe for your DINNER or LUNCH.



Photo from Ana Cheras:-

http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/



GULAI TELUR ITIK
Sumber: NoorMasri



There are few choices and its vary from place
to place and also will depend on the individual
taste. You should try few times to get a correct
tune and to suit you.

http://ilovebudugroup.blogspot.com/2008/10/gulai-telur-itik.html
http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/2009/07/gulai-telur-itik-pantai-timur.html
http://www.myresipi.com/top/detail/4203

http://www.mdpekan.gov.my/teluritik
 
For us from Asian countries, this kind of
heavy soup must come together with rice.
So you need to cook rice before you prepare
this "MASAK LEMAK TELUR ITIK" or
"GULAI ITIK" .

Those of you who are not reading Malay,
please use the Google translator to your right language.

OK, have a nice day and enjoy your food.
It is GOOD to warm you with this HOT taste and SPICY soup.

Good luck.
http://cilipendang.blogspot.com

Wednesday, December 2, 2009

Rajoo said " Upin.. fikir masa depan" (Consider your future)

Geng,
Taken from the movie "Geng: Pengembaraan Bermula" Feb 2009,
the above words from Rajoo is well said. What ever we want to do,
before doing it, we must consider every angle. Not just for the sake
of doing it like Upin and Ipin, even the experience of doing it was
very interesting and challenging. Pity for Rajoo who always in a
scary scene and become a toy boy facing a joke and thrilling
experience. For Upin and Ipin, they enjoyed every moment of
their adventure.

But of course, when you watch the movie, their ending will be
much more fun, full of excitement, relieve and happy ending.

In an agriculture project such as chili planting, the risk is quite
similar to this event. But the ending is different and most
of the time its depend on your luck and timing. The market
price is not stable even most of the time is on uptrend and stable.

You will feel very excited to see how easy to get the profit
from the working paper. You plant 5000, you will get RM20K
profit. The ROI is only 3 cycle and so on.....
But bear in mind that the chili output is not guaranteed.
So many factors involve like the quality of seed used, the
fertiliser, pesticide, the technique of handling the fertigation system,
the pruning, the area and composite media etc.



If you are using the fertigation system, you must know how
to do proper rationing of your liquid fertiliser called A and B.
It is not only that, you must also use an efficient system
to monitor the flow and timing device to avoid over flooded
or insufficient plant feeding. If your piping clogged at any
one point, your plant will die.

Yes, as what Rajoo said that you must think of your future.
But you can not just sit there and think. You must get moving
like what Upin and Ipin did. And the drama is keep on going.

Then again, here we are now at CILI PENDANG.
Last week, we just have tranfered another batch of chili plant
to our farm after we were hit by a tsunami on our
3rd batch of 1K plant last August.
Total lost and collapsed.
But we are lucky enough to re-used the polybag
for our Lady Finger plant for trial.

This time around we really hope to recover back whatever
we lost. We will do it our best to apply the proper way and
method that we have learnt from previous experience.
The layout of our piping need to re-arrange to suit the
new location. Since we use thread joint instead of glue
fixed PVC piping, this work is quite easy.

Some of the pipes need to be cut and added some extra
assy to complete the loop. It will take few days for us to
do this set up. For several days, we do manual spray
by using the small pump.

Ariosssss...... and be happy.

Monday, November 30, 2009

Sepintas Lalu Kearah 2010 - Bahagian 1 (Projek Limau Nipis & Kasturi 2001)

Selamat Bahagia,

Hari ni dah masuk ke bulan Disember 2009 dan kita hanya ada sebulan lagi
kearah 2010. Banyak yang telah di SLOGAN kan sebelum ini yang menetapkan
tarikh 2010 atau MENJELANG 2010 sebagai titik penamat bagi pencapaian
dan penentu kejayaan satu-satu projek.

Jadi dirasakan amat sesuai bagi kita semua menilai kembali apakah yang telah
kita capai atau kecapi dari hasil usaha yang lepas-lepas kearah meletakan dan
memantapkan misi yang seterusnya kearah pendapatan tinggi.
Ini adalah "Misi" baru kerajaan kita masa ini untuk golongan petani..




Bagi kami, masa ini ingin digunakan untuk mengimbau projek-projek yang
telah kami ceburi dalam mencari formula yang baik ke arah projek yang
lebih berdaya maju.




Kami memulakan Projek Tanaman Limau Nipis & Kasturi pada tahun 2001.
Jumlah pokok yang ditanam adalah dalam 500 pokok dan menggunakan
anak benih dari Johor.
Kerja-kerja melapang tapak dengan menggunakan trektor bagi
mengorek pokok2 memmpelam tua dan pokok2 kelapa dimulakan
waktu kemarau awal 2001. Kemudian kami membeli 2500 benih Pisang
Nangka dan Emas dari kawan kami di Kuala Ketil untuk ditanam sebagai
tanaman pelindung. Anak benih limau di pindahkan pada bulan Mac.
Baja pemula yang digunakan adalah baja tahi ayam yang kami beli
dari syarikat bumiputera di Kg. Baru Gajah Putih.
Setelah pokok berumur 2 tahun, kami gunakan baja buah cap

Kelapa Sawit dari pembekal baja kimia.




Hasil yang menggalakan diperoleh selepas 2 1/2tahun ditanam dan kami
edarkan ke merata tempat seperti Restoran Tomyam, Nasi Kandar dan
pasar di kawasan Alor Star, Sungai Petani dan kadang kala ke Pasar Seberang Jaya.


Pada tahun 2004, hasil Limau Kasturi melebehi permintaan dan harga di paras
yang paling teruk iaitu hanya sekitar RM 0.40 berbanding RM 1.00 ke RM 1.20.
Jadi kami melaburdalam pembelian mesin memerah limau dan kami proses hasil
Kasturi untuk Jus Minuman Kasturi.


Jus-jus ini kami hantar ke kedai Runcit sekitar Kulim dan Sungai Petani.
Sambutan agak baik dan sistem pembayaran adalah "consumed and pay".
Kaedah orang jual kueh-kueh lah. Hantar pagi, petang amik duit berapa
yang laku. Yang tak abis tu, makan sendiri lah.
Oleh kerana jus kami tidak menggunakan perasa karbonat, tarikh luput
nya agak pendek. Kami memproses secara manual dari perahan buah,
masak, campuran pewarna, membotol dan melabel.

Pengalaman diatas banyak mengajar kami dalam bidang perniagaan tani
dari mula menanam hingga ke produk hiliran dan strategi pemasaran.
Kami juga di temuramah oleh Agribazaar Team dari KL untuk paparan
laman web dan Pameran Pertanian Dewan Milenium Kepala Batas.

- bersambung -



Bendi dah berbuah

Ni keadaan bendi kami yang mula mengeluarkan putik bunga
dan mula berbuah.



Ada sikit masaalah pucuk bagi sesetengah pokok.
Ntah apasal tetiba layu je pucuk nya. Terkulai kering bahagian atasnya.
Nak kata cuaca panas, tak jugak.
Nak kata serangga, tak nampak pulak.
Ni gambar pucuk layu di bawah:-

Sunday, November 29, 2009

Daging Itik DARA untuk di Jual. Stok TERHAD

Salam Aidil Adha dan Selamat Sejahtera,

Ramai yang tidak mengetahui bahawa DAGING ITIK DARA amat lazat dan
menyelerakan. Bagi yang tidak pernah mencuba, nanti kami akan dapatkan
resepi masakan ITIK DARA untuk rujukan dan boleh dicuba di rumah anda.

Sila rujuk RESIPI ITIK GORENG
link di sini:
http://www.resepi4u.com/2008/01/resepi-itik-goreng-mentega.html

Untuk resipi DAGING ITIK yang lain-lain, sili ikut link ini:-
http://www.jphpk.gov.my/Malay/recipes%20files/duck%20recipes.htm



Kebiasaannya daging itik ini menjadi kegemaran warga PANTAI TIMUR.
Ini kerana UMUMnya mereka dah biasa makan daging itik dan "GULAI"
itik yang amat popular dikalangan warga tempatan dan juga pengunjung
dari luar. Bermacam-macam gaya masakan yang boleh dibuat dari daging
itik samada di goreng, masakan kari dan juga buat SOP.

Ada satu RESTORAN ITIK GORENG di daerah YAN yang
mempopularkan masakan itik ini. Sesiapa yang telah mencubanya
sahaja yang dapat menggambarkan keenakkan masakan daging itik ini.
Kalau kita menggunakan rempah dan ramuan yang betul, ianya akan memberi
rasa "KICK" yang tidak dapat digambarkan.

Untuk tujuan di atas, kami di CILI PENDANG ada memulakan percubaan
awal untuk menjual DAGING ITIK DARA bagi sesiapa yang berminat.
Sila hubungi nombor 012-2100974 untuk pembelian.
Olih kerana jumlah yang terhad, sesiapa yang awal saja akan mendapat
itik ini.

Sekian salam ceria.

Sunday, November 22, 2009

Lawatan Jabatan Pertanian - II

Salam sejahtera SatuWarga Tani dan 1M,

Berita terbaru dari media pagi tadi menyatakan keadaan banjir
makin parah di Terengganu dan Kelantan melibatkan lebih dua ribu
mangsa dari setiap negeri di pindahkan ke penempatan banjir.
Kedah juga tidak terkecuali. Belah Kubang Pasu nun dah 2 kali kena.

Cuaca kat Pendang hari ni nampak nya terang dan ok saja.
Hari-hari sebelum ni hujan agak lebat dari petang ke pagi.
Tetapi suasana kenduri musim cuti ni tetap meriah.

Kali ni kami nak cerita sedikit pasal lawatan dari Jabatan
Pertanian sebagaimana yang kami janjikan minggu lepas.
Pegawai-pegawai yang datang kali ini adalah dari Pejabat Alor
Setar. 3 bulan lalu lawatan pegawai-pegawai dari
Pendang dan Teloi. Kali ni setengahnya dari Bahagian Kajian Tanah
dan juga Kawalan Penyakit. Banyak komen-komen yang disampaikan
kepada kami. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan baik.
Mereka datang mengambil contoh tanah, contoh air dan pokok
bendi kami untuk dibuat pemeriksaan. Kami juga dijemput
ke Pejabat Pertanian di Telok Chengal untuk pendaftaran.

Kami juga bagitau yang kesemua sample-sample ni dah diambil
sewaktu lawatan dulu. Kata mereka, Jabatan Pertanian Pendang
tidak memaklumkan sebarang lapuran ke Alor Setar. Jadi mereka
ingin menganalisa sekali lagi.
Tak kesah lah apa pun mereka buat sekurang-kurangnya kami
merasa berbesar hati di atas perhatian yang diberikan oleh pegawai
pertanian untuk turun melawat. Ada lah sikit terkilan pasal fasa
ketiga cili kami dulu tak dapat diselamatkan.

Kebiasaanya bagi orang kampung ni, kalau pegawai kerajaan datang
melawat mereka atau menjenguk mereka, perasaan gembira dan lapang
atau pun mat saleh cakap "being honoured", bangga dan cukup ceria.
Mereka merasa diri mereka diambil perhatian.

Kembali ke realiti masa kini, Tok Najib cakap "Rakyat di Dahulukan,
Pencapaian di Utamakan". Dalam kes kami ni memang la dah OK yang
rakyat di dahulukan. Tapi "pencapaian" nya bagaimana?. Lapuran
yang kami mohon dulu sampai 3 bulan tak dapat-dapat. Ini baru
kes kecik ni, bukannya mintak tolong buat kertas kerja ke, atau thesis ke ..
Cuma nak tahu pasal apa pokok cili fasa 3 kami mampuih tak sempat
kutip hasil. Depa kan "expert" patutnya cepat-cepat "propose" tindakan
pencegahan. Modal satu polibag pun bukannya sikit tu.
Dulu kami jugak plan nak guna lapuran tu sebagai sokongan buat loan.
Dah jadi cam tu, kansel je lah.

Kalau projek tani zaman dulu tak apalah, modal pun tak banyak.
Takat buat batas tanam ubi ke, pisang ke, tembakau ke..  
Kalau mampuih, buat lagi.
Ni dah labur 20 ke 30 ribu, jadi kerajaan kena lah bantu sama
sokongan khidmat nasihat yang berkesan. Takat main jenguk
dan belah aje, baik tok sah. Apa yang kita nak ialah sokongan
yang berskala dan "follow up". Projek tu hidup ke mati ke.
Biarlah ada komitmen yang ikhlas nak bantu, jangan main
syarat wat keja je makan gaji lah katakan cukup bulan masukkk...
Yang kami ni, kalau pokok tadak hasil, nak makan apa?

Kalau ikut dari bajet, lebih 2/3 guna untuk pengurusan je.
Termasuk bayar gaji kakitangan kerajaan lah. Jadi mereka
mestilah buat kerja betul-betul. Gaji mereka ni dari duit
rakyat tau.
Seperti lapuran dibawah ni:-

Jumlah perbelanjaan Persekutuan meningkat




" JUMLAH perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dianggar meningkat 8.9 peratus kepada RM213.7 bilion pada tahun ini.
Daripada jumlah ini, RM160.2 bilion atau 74.9 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan baki RM53.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Perbelanjaan mengurus dijangka meningkat perlahan pada kadar 4.3 peratus walaupun dengan tambahan suntikan fiskal berjumlah RM5 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) II.
Ini berikutan peningkatan ketara perbelanjaan mengurus pada tahun 2008 sebanyak 24.7 peratus kepada RM153.5 bilion disebabkan tekanan inflasi ekonomi dalam negeri ekoran harga makanan dan minyak mentah global yang tinggi.
Pertumbuhan perbelanjaan mengurus yang lebih perlahan pada tahun ini turut disumbangkan oleh langkah perbelanjaan berhemat serta penstrukturan semula subsidi bahan api digunakan bagi membiayai PRE I yang berjumlah RM7 bilion."



Dulu ada geng siswazah buat tanam padi berkelompok, kutip
sawah yang terbiar, lepas tu la ni dah senyap tenggelam.
Ada yang buat projek tanah terbiar, la ni pun senyap.

Kalau kita komen dan suarakan ketidakpuasan, maka mereka cakap
kita ni "amat tidak berpuas hati dengan kerjaan". Memanglah kerajaan
banyak bantu golongan petani ni. Baja subsidi, benih subsidi, bantuan
banjir, bantuan tanam semula dan macam2. Dah masuk dalam
formula standard. Tu kita hargai.
Cuma bagi pegawai-pegawai ni, tugas mereka kenalah "follow up"
pulak. Betul ke pelaksanaannya. Objektif tercapai ke atau subsidi
tu dijual semula. Bagi pak tani yang betul-betul buat kerja ni, sampai
ke hadiah dari kerajaan ni. Rasa nya banyak kerenah birokrasi.
Bagi kami lah yang dah buat projek limau, projek nenas, projek cili
dan macam-macam dah, apa pun tak merasa lagi. Tanam semula
getah pun orang kontak yang sapu. Lepas setahun setengah baru
dia orang tanam anak getah kat tapak kami.
OOooo lupa pulak, kami dapat bantuan baja 2 bag dari MADA itu ari.
Tuuuu aje lah...

Ada kawan kami, dulu buat projek tani jugak. Dia dapat duit VSS
Sony dekat RM60 ribu. Melabur buat tanam projek limau kat Kuala Ketil.
Bertahan takat 4-5 tahun je. Lepas tu duit abis.
La ni kena kerja kilang balik. Tak tahulah kami pasal apa.
Tu mesti ada yang tak kena...

OK lah, panjang pulak berleter. Nak bagi itik makan dulu.
Cerita lain kali pulak lah....
Salam ceria buat semua pak tani.

Sunday, November 15, 2009

Lawatan dari Jabatan Veterinar - Pengasingan Itik

Dua hari lepas kami dilawati oleh pegawai dari Jabatan 
Veterinar bersama dengan Pok Kaq Kambing untuk meninjau
keadaan ternakan kami. Banyak nasihat-nasihat bernas yang
disampaikan dalam memperbaiki mutu dan kesesuaian untuk
persekitaran ternakan.



Mereka nasihatkan supaya itik-itik telur ditempatkan kawasan
yang kering dan tidak berair kerana itik ini tidak memerlukan
kolam. Air hanya cukup untuk minuman sahaja. Sementara
itik Muscovy lebih tahan lasak dan boleh menyesuaikan diri
untuk dua keadaan.

Jadi kami gunakan masa dua tiga hari lepas untuk membuat
tempat baru yang lebih tinggi bagi itik telur. Untuk menjimatkan
kos, kami hanya gunakan zink-zink terpakai dan tiang batu lama
sebagai tempat untuk itik berteduh. Kami juga telah
mengasingkan kepada dua kumpulan. Pada mulanya mereka
ini agak keberatan untuk berpisah, maklum lah dah membesar
bersama. Selepas dua hari terasing, barulah keadaan agak tenang.



Bagi kumpulan anak baru, kami tempatkan dalam rumah usang
kami yang teduh dan lebih selesa. Mungkin selepas satu bulan,
itik ini akan dilepaskan bersama kumpulan yang lain.

Kami juga telah menambak tempat itik telur dengan satu lori
pasir kasar sebagaimana yang disarankan. Ini bertujuan untuk
mengurangkan kelembapan dan itik-itik ini juga boleh bermain
ditempat yang lebih kering.

Baja tahi kambing telah pun sampai untuk digunakan sumber
pertumbuhan bendi. Kami masih belum pasti jumlah yang
patut digunakan untuk setiap pokok. Sumber baja ini diperolehi
dari Ternakan Pok Kaq.

Kelmarin juga kami menerima tamu kehormat dari Jabatan
Pertanian Alor Star. Bahagain ini akan kami huraikan dalam
text blog seterusnya.

Aktivi diakhir-akhir ini agak padat dan banyak kerja menjadi
perlahan dan terhenti disebabkan cuaca hujan yang kerap.
Semalam kawasan Kubang Pasu sekali lagi dilanda banjir
setelah hujan lebat seharian. Lebih dari seribu orang terpaksa
dipindahkan. Tempat kami alhamdullilah masik ok walaupun
sana-sina berlopak dan lecah.


Sekian nota untuk saat ini.

Sunday, November 8, 2009

Projek Tebatan Banjir Kelantan-Terengganu



Dua tiga hari ni hujan sangat lah lebatnya. Berita dari
Kelantan dan Terengganu amat menyedihkan.
Di Kelantan saja beribu yang kena pindah dan setengah
rumah hanya nampak bumbung ditenggelami air.Tempat
yang paling teruk adalah Pasir Mas dan Tanah merah.
Terengganu pun menerima nasib yang sama dan boleh
dikatakan fenomena ini berlaku saban tahun.

Mungkin berita ini dah jadi macam lumrah dan tiada
apa yang perlukan dilakukan oleh kerajaan. Di Kota Bharu
pun setiap tahun diadakan Pesta Banjir.
Entah sampai bila bencana ini akan berlarutan, tuhan
saja yang tahu.

Di Pendang juga mengalami hujan lebat kelmarin.
Kebun kami hampir dilimpahi air. Kami telah pun
membuat kerja menggali parit untuk mengelakkan
tanaman kami tenggelam. Kawasan tanaman limau
kami agak rendah dan parit dibuat bagi mengalirkan
air ke parit besar. Satu hari kami begelumang dengan
lumpur disebabkan tanahnya lembek dan berselut.

Petang kelmarin, batch kedua anak itik Khaki Cambel
telah tiba. Keadaan agak kelam kabut kerana petang tu
hujan lebat dan kami tempatkan didalam rumah.
Itik-itik yang dewasa disediakan tempat baru tapi
kerana masih belum biasa dengan tempat baru, semua
nya melarikan diri ke reban lama. Hampir satu jam
basah kuyup kami berusaha membawa itik-itik ini
ke tempat baru yang lebih selesa. Kerja selesai hampir
malam hari.

Ada dua tiga ekor yang mabuk air dan menjadi lembek.
Empat hari lepas dah lima enam ekor demam sejuk dan
kami gunakan tempat masak dedak untuk memanaskan
mereka. Mintak-mintak mereka akan cepat pulih.
Sekian perkembangan hari ini.

Wednesday, November 4, 2009

Mari Berniaga kat laman Cili Pendang

Kengkawan,

Kami baru buka ruang niaga kat laman ni.
Sapa sapa yang nak iklan dia punya bisness
atau barang yang dia orang ada, boleh lah
guna kotak "Shout Mix" di sebelah bawah tepi
kanan.

Sesedara sekelian diminta masukkan link
saudara serta nama dan nombor talipon untuk
dihubungi olih sesapa yang berminat.
Ini adalah bertujuan untuk menggalak kita
buat promosi dan urusniaga secara yang
lebih mudah.

Diharap kengkawan semua jangan salahguna
untuk perkara yang tak memberi manafaat.
Sekian terima kaseh.
Admin.

.

Tuesday, November 3, 2009

Imbas Kembali - RMKe-9 (2006-2010)

:: RANCANGAN MALAYSIA KE SEMBILAN (2006-2010) ::

BAB 03 : MEMPERKASA PERTANIAN DAN INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN






III : PROSPEK 2006-2010






3.33 Pembangunan sektor pertanian dalam RMKe-9 akan ditumpukan kepada pembangunan Pertanian Baru. Pendekatan ini melibatkan perkembangan pertanian komersil berskala besar yang meluas dan penerokaan aktiviti pengeluaran dan pemprosesan berkualiti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi. Produktiviti, kecekapan serta potensi dalam penjanaan pendapatan dan kekayaan akan dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah pertanian moden dan ICT, pengukuhan R&D dan inovasi, peningkatan keupayaan pemasaran dan penggalakan penyertaan meluas sektor swasta termasuk usahawan tani dan tenaga kerja mahir. Penggunaan tanah secara optimum serta penyatuan dan pemulihan tanah akan diberi keutamaan.Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar tahunan purata yang lebih tinggi sebanyak 5.0 peratus. Dengan mengambilkira industri berasaskan pertanian, kadar pertumbuhan dijangka meningkat kepada 5.2 peratus. Isu berkaitan kewujudan kelompok kemiskinan di kalangan petani kecil, proses penukaran daripada kebun kecil kepada ladang moden yang perlahan dan kekangan tanah pertanian akan juga ditangani.

Teras Dasar

3.34 Dalam tempoh Rancangan, teras dasar sektor pertanian secara keseluruhannya akan ditumpukan kepada usaha mengorientasikan semula sektor ini ke arah pengkomersilan yang lebih meluas dan melahirkan petani berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih besar termasuk pelaburan asing. Sehubungan ini, teras dasar adalah seperti yang berikut:

a) meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;

b) mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk;

c) memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;

d) meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan

e) menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Meningkatkan Pengeluaran Pertanian

3.35 Dalam tempoh Rancangan, usaha akan dilaksana untuk meningkatkan pengeluaran pertanian melalui pembangunan tanah baru, tanam semula, penyatuan dan pemulihan tanah serta penggunaan lebih meluas klon dan baka berhasil tinggi, pejenteraan ladang dan amalan agronomi yang baik ke arah peningkatan produktiviti. Sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan terus digalakkan untuk meningkatkan pelaburan pertanian melalui insentif dan sokongan yang lebih baik.

3.36 Pengeluaran minyak sawit dijangka meningkat pada kadar purata 5.5 peratus setahun dengan peluasan kawasan tanaman dan OER yang lebih tinggi, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3-4. Pembangunan sektor kecil getah akan ditumpukan kepada mempergiat usaha menyatu dan memulih kebun kecil getah untuk meningkatkan produktiviti. Sehubungan ini, kawasan optimum seluas 800,000 hektar akan dikekalkan sebagai zon pengeluaran getah menjelang tahun 2020 untuk memenuhi keperluan industri pemprosesan getah tempatan. Pengeluaran koko akan dipertingkat untuk membekalkan bahan mentah kepada industri pemprosesan hiliran tempatan. Pengeluaran lada hitam dijangka meningkat menerusi peningkatan produktiviti dan galakan GAP di kalangan petani. Industri penanaman tembakau akan terus distruktur semula selaras dengan komitmen kepada Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau. Pengeluaran kayu balak akan terus berdasarkan kepada pengurusan hutan secara mampan. Sehubungan ini, ACR akan ditetapkan pada 266,940 hektar setahun.

Jadual 3-4 : Pengeluaran Komoditi Pertanian 2000-2010



3.37 Sektor kecil komoditi makanan dijangka berkembang pada kadar purata 7.6 peratus setahun melalui penambahbaikan kecekapan dan produktiviti serta penambahan keluasan. Eksport komoditi makanan akan ditingkatkan untuk mencapai imbangan dagangan makanan yang positif, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-5. Pengeluaran padi akan ditingkatkan untuk mencapai sasaran tahap sara diri 90 peratus, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-6. Pengeluaran buah-buahan akan dilaksanakan secara berskala besar di zon pengeluaran buah-buahan menggunakan pendekatan pembangunan secara berkelompok dan akan ditumpukan kepada sembilan jenis buah-buahan yang mempunyai potensi eksport. Pengeluaran sayur-sayuran pula akan ditumpukan kepada jenis yang bernilai tinggi untuk penggunaan tempatan dan pasaran eksport terpilih. Program Buku Hijau untuk menggalakkan pengeluaran makanan oleh masyarakat setempat akan diaktifkan semula.

3.38 Pengeluaran ikan akan ditumpukan kepada peluasan akuakultur dan aktiviti penangkapan ikan laut dalam. Akuakultur termasuk penternakan ikan laut akan memberi tumpuan kepada jenis yang bernilai tinggi seperti siakap, kerapu dan udang harimau. Pembangunan industri ternakan akan ditumpukan kepada pelbagai aktiviti di sepanjang rantaian nilai termasuk pengeluaran baka dan makanan haiwan. Bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap makanan haiwan dan mengurangkan import, usaha akan diambil bagi meningkatkan penggunaan bahan berasaskan beras dan makanan ternakan tempatan lain termasuk kenaf serta pelepah dan bahan sampingan kelapa sawit. Keluaran ternakan terutamanya daging ayam itik dan telur akan terus ditingkatkan melalui penggunaan sistem pengeluaran moden untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

Jadual 3-5 : Eksport dan Import Makanan 2000-2010



Jadual 3-6 : Tahap Sara Diri Komoditi Makanan (%) 2000-2010



3.39 Sumber Pertumbuhan Baru. Pembangunan sumber pertumbuhan baru dalam sektor pertanian akan dipergiat dalam tempoh Rancangan. Sehubungan ini, pengeluaran berskala besar bagi tuna, ikan dan tumbuh-tumbuhan hiasan, florikultur, herba dan rumpai laut akan digalakkan melalui penyediaan khidmat pengembangan, insentif, infrastruktur asas, kemudahan pemasaran dan penggalakan aktiviti pemprosesan hiliran. Pembinaan Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia di Batu Maung, Pulau Pinang yang dijangka siap dalam tempoh Rancangan akan membolehkan pendaratan tuna yang lebih banyak dan mempercepat aktiviti pemprosesan tuna. Di samping itu, R&D bagi amalan agronomi dan pembangunan produk serta pengkomersilan produk daripada biojisim dan produk baru daripada bioteknologi akan terus dipergiat. Langkah juga akan diambil untuk menggalakkan lagi industri nurseri dan landskap.

3.40 Sanitari and Fitosanitari (SPS) serta langkah biokeselamatan akan dipertingkatkan lagi untuk mengurangkan risiko dan kerugian pengeluaran pertanian serta mempertingkatkan potensi negara dalam memperkembangkan eksport produk makanan. Program pembasmian khusus akan diperkukuh untuk mengawal dan membendung penyakit yang menjejaskan kepentingan ekonomi dan penternakan, seperti penyakit kuku dan mulut (FMD), Highly Phatogenic Avian Influenza (HPAI), citrus greening dan virus white spot akan diperkukuhkan dan zon bebas penyakit akan diwujudkan dalam tempoh Rancangan. Kemunculan dan kemasukan penyakit baru ke dalam negara akan diminimumkan melalui pengurusan risiko dan bina upaya yang lebih berkesan.

3.41 Pengeluaran produk makanan halal akan terus digalakkan untuk merebut peluang daripada potensi pasaran eksport halal yang luas. Langkah ini termasuk pemprosesan dan pembungkusan keluaran daging, ikan dan keluaran berasaskan makanan yang lain. Di samping itu, Malaysia akan dibangunkan sebagai pusat pensijilan produk halal dan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dipromosi ke seluruh dunia.

3.42 Pembiayaan. Institusi kewangan akan digalakkan untuk menyediakan dana yang mencukupi bagi pelaburan dalam pengeluaran pertanian, pemprosesan, aktiviti berasaskan pertanian dan aktiviti lain yang berkaitan. Langkah akan diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk memastikan akses yang lebih mudah mendapatkan kredit. BPM akan disusun semula untuk memperkukuhkan keupayaan dan kemampuannya dalam menyediakan pinjaman. Tabung Untuk Makanan akan diteruskan terutamanya untuk membiayai projek pengeluaran makanan berskala sederhana dan besar termasuk penangkapan ikan laut dalam. Untuk memudahkan penyertaan petani dan nelayan kecil dalam pelbagai projek, kemudahan kredit mikro akan disediakan.

Pembangunan Tanah Baru

3.43 Pembangunan tanah baru akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan kawasan tanaman kelapa sawit oleh sektor swasta. Di samping itu, pengeluaran berskala besar dan sistem perkebunan kepersisan akan dilaksanakan di zon pengeluaran baru bagi buah-buahan, sayur-sayuran, akuakultur dan ternakan. Pembangunan yang lebih teratur bagi zon ini akan dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu Ladang Moden dan TKPM untuk pengeluaran berskala besar oleh sektor swasta serta Kawasan Pembangunan Pertanian Tertumpu (ACDA) dan Projek Pembangunan Kawasan Khas (ASDP) untuk usahawan dan petani kecil. Pembangunan Ladang Moden akan melibatkan perolehan tanah negeri yang luas oleh Kerajaan Persekutuan untuk dipajak kepada sektor swasta bagi melaksanakan projek pertanian moden. TKPM pula melibatkan pewartaan tanah oleh kerajaan negeri untuk tujuan yang sama. Pembangunan TKPM dijangka meliputi kawasan tambahan seluas 2,380 hektar melibatkan 600 usahawan di pelbagai negeri. ACDA dan ASDP pula melibatkan pembangunan semula tanah petani sedia ada yang tidak produktif dan berselerak dan akan dilaksanakan pada skala yang lebih kecil. Sejumlah 13 buah ACDA dan 8 buah ASDP akan ditubuhkan dalam tempoh Rancangan. Penggunaan tanah pertanian dijangka meningkat pada kadar purata 1.5 peratus dalam tempoh Rancangan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-7.

Jadual 3-7 : Penggunaan Tanah Pertanian 2000-2010



Program Tanam Semula

3.44 Program tanam semula getah dan kelapa sawit yang melibatkan 383,010 hektar akan dilaksanakan terutamanya oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-8. Sehubungan ini, penggunaan klon yang berhasil tinggi akan digalakkan. Tanam semula getah yang menggunakan klon balak lateks untuk kayu getah akan dipergiat. Untuk mengurangkan penebangan balak daripada hutan semula jadi, pelaksanaan ladang hutan termasuk ladang hutan getah akan dipercepat. Usaha akan diambil untuk mencapai sasaran tahunan sebanyak 25,000 hektar bagi ladang hutan yang ditanam dengan spesies balak yang cepat membesar dan bernilai tinggi.

Jadual 3-8 : Program Tanam Semula, Penyatuan & Pemulihan Tanah Mengikut Agensi 2001-2010



Penyatuan dan Pemulihan Tanah

3.45 Program penyatuan dan pemulihan tanah akan diteruskan pada skala yang lebih besar untuk mempercepat pemodenan kebun kecil serta meningkatkan produktiviti khususnya getah, padi, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, lada hitam dan sagu. Pesawah padi di luar kawasan jelapang akan digalakkan untuk mengusahakan jenis padi yang berkualiti tinggi serta menukar kegunaan tanah mereka kepada kegunaan lain yang dapat menghasilkan pendapatan lebih baik.

3.46 Infrastruktur Pertanian. Dalam tempoh Rancangan, infrastruktur pertanian terutamanya kemudahan pengairan dan saliran, jalan ladang dan lintasan akan dinaik taraf dan dipertingkat bagi menyokong penggunaan teknologi dan pejenteraan moden secara meluas. Kepadatan purata pengairan dan saliran sebanyak 20 meter sehektar akan dipertingkat kepada 50 meter sehektar bagi mencapai hasil padi yang lebih tinggi. Di samping itu, amalan pengurusan sumber air yang baik akan diguna pakai termasuk penggunaan Sistem Sokongan Keputusan dan kawalan pintu air secara automatik bagi memastikan pengagihan air yang serata dan menyokong pelaksanaan konsep ‘pembekalan air ikut permintaan’.

Peningkatan Produktiviti

3.47 Usaha untuk mempertingkat produktiviti akan dilaksanakan melalui penggunaan klon berhasil tinggi dan penambahbaikan dalam amalan agronomi di kalangan pekebun kecil dan perladangan serta peningkatan pejenteraan. Di samping itu, penyediaan khidmat sokongan dan infrastruktur yang mencukupi di kawasan pengeluaran pertanian dijangka dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam sektor ini, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-9.

Jadual 3-9 : Produktiviti Komoditi Pertanian (%) 2000-2010



3.48 Produktiviti akan juga ditingkatkan melalui penggunaan teknologi terkini dan sistem pengeluaran berasaskan pengetahuan yang lebih meluas. Bagi memastikan kawalan kualiti dan piawai tinggi dalam perladangan kelapa sawit serta meningkatkan produktiviti, usaha akan ditumpukan untuk menggalakkan ladang mengguna pakai piawai antarabangsa. Di samping itu, untuk mencapai Wawasan 35:25, iaitu sasaran 35 tan metrik buah tandan segar (BTS) sehektar dan 25 peratus OER, pihak ladang akan digalak untuk menggunakan benih kelapa sawit yang berkualiti. Kemudahan kredit yang mencukupi akan disediakan untuk menggalakkan pekebun kecil menanam semula kelapa sawit yang berumur lebih 25 tahun dengan klon berhasil tinggi.

3.49 Usaha akan dipergiatkan untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pengeluaran padi di lapan kawasan jelapang padi untuk mencapai sasaran hasil 10 tan metrik sehektar. Usaha ini adalah sebagai langkah persediaan awal untuk meningkatkan daya saing pengeluar tempatan untuk mengekalkan kedudukan mereka apabila terlaksananya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

3.50 Pembinaan tukun tiruan dan lindungan ikan untuk memperkaya sumber pesisir pantai dan pembangunan penternakan ikan laut secara berskel besar berasaskan komuniti akan dilaksana untuk melonjakkan pengeluaran ikan pesisir pantai. Produktiviti perikanan laut akan dipertingkat lagi dengan menaik taraf keupayaan kapal dan peralatan menangkap ikan. Pelaburan dalam bidang akuakultur termasuk aktiviti akuakultur pesisir pantai secara intensif menggunakan teknologi dan sistem pengurusan baru akan digalakkan lagi. Untuk meningkatkan pendaratan ikan laut dalam termasuk tuna serta menyokong perkembangan aktiviti huluan dan hiliran berasaskan perikanan, sebuah konsortium perikanan di peringkat nasional iaitu Konsortium Perikanan Nasional Berhad (KPNB) yang diterajui oleh sektor swasta akan ditubuhkan.

3.51 Penyelidikan dan Pembangunan. Aktiviti R&D akan diperkukuh lagi untuk menambah baik produktiviti. Sehubungan ini, aktiviti R&D akan berorientasikan pasaran dan memberi tumpuan kepada penghasilan benih dan baka yang berhasil tinggi, kawalan penyakit dan perosak, pengendalian lepas tuai serta pejenteraan. Usaha yang lebih giat akan dilaksanakan dalam pembangunan teknologi penanaman yang lebih baik manakala penyebaran maklumat mengenai teknologi baru kepada kumpulan sasar akan dipercepatkan.

3.52 Pembangunan Modal Insan. Dalam tempoh Rancangan, produktiviti buruh dijangka meningkat pada kadar purata 6.2 peratus setahun. Tumpuan akan diberikan kepada penyediaan latihan untuk mengubah minda dan sikap petani dan nelayan serta generasi muda termasuk yang berpendidikan tinggi untuk terlibat secara lebih berkesan dalam aktiviti pertanian moden dan berasaskan komersil. Usaha ini akan mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya di kalangan siswazah menganggur. Sejumlah 657,720 usahawan dan petani dijangka dilatih dalam tempoh Rancangan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-10. Sehubungan ini, beberapa institusi latihan pertanian akan dinaik taraf untuk melaksanakan program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan selaras dengan NOSS. Di samping itu, institusi pengajian tinggi akan mengkaji semula pengajian sedia ada dan membangunkan kurikulum baru bagi memenuhi keperluan pasaran. Kemahiran akan dibangunkan dalam bidang seperti perikanan laut dalam, akuakultur, pembiakan ikan hiasan, penanaman rumpai laut dan pemprosesan berasaskan pertanian. Pekerja pengembangan juga akan dilatih semula untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada kumpulan sasar.

3.53 Selaras dengan dasar untuk menjadikan pertanian sebagai perniagaan yang berdaya maju, usaha yang lebih gigih akan diambil untuk membangunkan usahawan tani baru, memperkasa usahawan kecil dan sederhana yang sedia ada serta menggalakkan pengeksport pertanian. Langkah ini termasuk program pembangunan keusahawanan untuk membangunkan lebih ramai usahawan tani Bumiputera yang berkebolehan. Sehubungan ini, latihan khas, kemudahan kredit dan bantuan teknikal akan disediakan. Usaha juga akan diambil untuk membangunkan usahawan di kalangan generasi baru peneroka FELDA dan peserta di kawasan projek pembangunan tanah yang lain.

Jadual 3-10 : Latihan Pertanian Mengikut Agensi 2001-2010



Mengembangkan Pemprosesan Berasaskan Pertanian dan Kepelbagaian Produk

3.54 Dalam tempoh Rancangan, pembangunan berasaskan pertanian akan bertumpu kepada meningkatkan penggunaan keluaran pertanian dalam pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi serta aktiviti pemprosesan. Usaha akan ditingkatkan untuk menambah pelaburan sektor swasta dalam aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian termasuk daripada GLC berkaitan pertanian, anak syarikat agensi pertanian serta persatuan dan koperasi petani dan nelayan. Tumpuan juga akan diberikan untuk meningkatkan penyertaan individu petani dan nelayan dalam aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian. Pemprosesan keluaran akhir daripada komoditi pertanian untuk industri dijangka terus meningkat, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-11.

Jadual 3-11 : Pemprosesan Tempatan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Untuk Industri 2000-2010



3.55 Industri Pemprosesan Getah dan Keluaran Getah. Dalam industri pemprosesan getah dan keluaran getah, usaha akan dilaksana untuk menggalakkan lagi pembangunan industri hiliran memandangkan kepada potensinya untuk mengeluarkan pelbagai produk nilai ditambah bagi pasaran tempatan dan eksport. Pelaburan yang lebih tinggi dalam pengeluaran barangan getah kegunaan industri (IRG) untuk memenuhi keperluan pelbagai industri akan digalakkan.

3.56 Inisiatif akan diambil untuk membangunkan tanda kualiti dan pensijilan untuk beberapa jenis keluaran getah terpilih di bawah kategori produk am getah (GRG) dan IRG. Di samping itu, usaha R&D dalam membangunkan bahan termaju serta teknologi pemprosesan dan pembuatan untuk menghasilkan produk baru dalam sektor kecil keluaran berasaskan getah akan dipergiat. Aktiviti R&D juga akan memberi tumpuan kepada membangunkan produk getah yang baru melalui penggunaan bioteknologi.

3.57 Industri Minyak Sawit. Dalam tempoh Rancangan, industri minyak sawit dijangka mendapat manfaat daripada lebih banyak kepelbagaian produk hiliran. Bagi mempercepatkan pembagunan industri hiliran minyak sawit, kelompok industri berasaskan minyak sawit (POIC) akan ditubuhkan di kawasan merentasi sempada Timur Johor-Selatan Pahang dan Selatan Kelantan-Utara Terengganu serta Sabah dan Sarawak. POIC akan berperanan sebagai pemangkin dalam mewujudkan rantaian nilai industri minyak sawit serta membantu pembangunan industri sokongan lain. Usaha juga akan dipergiat untuk membangunkan produk minyak sawit berjenama Malaysia terutama dalam industri derivatif oleokimia serta membina rangkaian di peringkat antarabangsa untuk menembusi pasaran baru.

3.58 Industri berasaskan minyak sawit akan digalakkan untuk mengembangkan aktivitinya ke luar negara terutama di negara yang mempunyai permintaan tinggi bagi minyak sawit dan derivatif. Kerjasama antara industri minyak sawit dengan institusi penyelidikan akan terus dipergiat untuk mempercepat pengkomersilan penemuan R&D untuk memperluas asas pembangunan produk baru dan menambah baik proses pembuatan. Pengkomersilan produk biojisim kelapa sawit dan biofuel akan dipercepat melalui penyertaan lebih meluas sektor swasta. Penyelidikan ke atas minyak sawit akan ditumpukan kepada penggunaan teknologi oleokimia termaju dan bioteknologi termasuk untuk produk nutraseutikal dan farmaseutikal.

3.59 Industri Kayu dan Produk Kayu. Pengilang perabot dan komponen perabot akan digalak untuk memberi tumpuan kepada kualiti dan reka bentuk keluaran yang berinovatif dan mempelbagai jenis keluaran untuk merangkumi keluaran khusus yang lebih berkualiti di samping meningkatkan aktiviti sedia ada. Langkah akan diambil secara agresif untuk menggalakkan eksport keluaran yang berkualiti tinggi sejajar dengan keperluan ekolabel berasaskan ekologi bagi mengekalkan bahagian pasaran serta menembusi pasaran baru.

3.60 Industri Bioteknologi. Selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara, penggunaan bioteknologi dalam pertanian akan terus digalakkan dan dipergiat untuk menggembleng potensi sektor pertanian dalam mewujudkan kekayaan baru, terutamanya melalui pengeluaran klon berhasil tinggi, baka haiwan dan benih ikan yang lebih baik serta produk baru yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Untuk mempercepat aktiviti R&D dalam bioteknologi, institusi penyelidikan termasuk institusi pengajian tinggi akan dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang bersesuaian. Di samping itu, penyelidik di sektor awam akan dilatih dalam bidang bioteknologi termaju termasuk biodiversiti melalui program penempatan dan kerjasama yang lebih meluas dengan sektor swasta.

3.61 Industri Pemprosesan Makanan. Industri pemprosesan makanan akan digalakkan untuk mengambil peluang daripada kedudukan Malaysia yang kukuh dari segi pensijilan halal bagi meneroka pasaran halal global yang semakin berkembang. Sehubungan ini, usaha akan dipergiat untuk membangunkan Malaysia sebagai hab serantau untuk makanan halal. Di samping menaik taraf infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada untuk pengeluaran makanan halal, beberapa taman makanan halal yang baru akan ditubuhkan. Penekanan yang lebih juga akan diberikan untuk meningkatkan imej negara sebagai sumber makanan halal yang berkualiti dan selamat serta menonjolkan piawai pensijilan halal negara MS1500:2004, Garis Panduan Am dalam Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan Halal sebagai piawai premium untuk makanan halal.

3.62 Pasaran untuk makanan mudah dan makanan fungsian dijangka berkembang pesat sejajar dengan perubahan corak penggunaan dan peningkatan kesedaran terhadap gaya hidup sihat. Sehubungan ini, pengeluaran dan bekalan makanan segera bagi makanan laut, produk ternakan dan makanan berasaskan sayur-sayuran yang sedia untuk dimakan akan digalakkan sebagai satu bidang pelaburan baru. Di samping itu, program “Malaysia the Truly Asian Kitchen” akan dilaksanakan. Pengeluaran makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk produk berserat tinggi, lepa dan jus buah serta bahan tambahan dan ramuan makanan juga antara bidang yang berpotensi untuk pelaburan baru. Makanan berasaskan ramuan minyak sawit dan koko akan terus dibangunkan dari segi kualiti dan jenis produk. Program sedia ada akan diperkukuh untuk membantu industri dalam penggunaan teknologi pemprosesan moden, pembungkusan yang berinovatif dan penjenamaan bagi memenuhi kehendak pengguna yang berbeza-beza serta permintaan pasaran tempatan dan luar negara. Penekanan akan juga diberi untuk mempermudah EKS bagi menjalin kerjasama dengan syarikat multinasional untuk menembusi pasaran eksport yang baru.

3.63 Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan. R&D dalam industri berasaskan pertanian dan pengkomersilan penemuan R&D akan diperkukuhkan menerusi penyertaan yang lebih meluas oleh institusi pengajian tinggi dan sektor swasta. Pengkomersilan penemuan R&D yang berkaitan dengan pembangunan produk akan dipercepat melalui penyediaan insentif dan penglibatan GLC berkaitan pertanian. Penglibatan sektor swasta dalam R&D pertanian dan pengkomersilan penemuan juga akan ditingkatkan melalui modal teroka.

3.64 Program seperti penyediaan inkubator akan dilaksana untuk mempercepat pengkomersilan penemuan penyelidikan dan membangunkan usahawan baru. Agropolis akan ditubuhkan di Serdang, Selangor yang berfungsi sebagai hab lembah makanan serta pusat kecemerlangan bagi pengeluaran dan pemprosesan makanan berasaskan bioteknologi. Agropolis juga akan melaksanakan R&D pertanian melalui kerjasama lebih erat antara institusi R&D awam, institusi pengajian tinggi tempatan dan sektor swasta.

Memperkukuhkan Pemasaran dan Rangkaian Global

3.65 Dalam tempoh Rancangan, tumpuan akan diberikan bagi mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan pemasaran dan memperkukuh rangkaian global melalui pakatan strategik. Bagi tujuan ini, usaha akan diambil untuk memperkukuh pasaran tradisional dan menembusi pasaran baru. Program promosi akan dipergiat untuk meningkatkan penggunaan makanan yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai aspek keselamatan keluaran makanan.

3.66 Bagi memperkukuh lagi pemasaran komoditi makanan dan produk berasaskan makanan, usaha akan diambil untuk memastikan pematuhan keperluan antarabangsa. Usaha akan ditingkatkan bagi memperluas pelaksanaan skim akreditasi ladang dan piawai keluaran. Sehubungan ini, pusat setempat akan ditubuhkan untuk memudahkan akreditasi ladang dan pensijilan piawai bagi keluaran makanan. Fungsi Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), LPP dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan dikaji semula bagi mempertingkat penyelarasan dalam bidang pemasaran. Di samping itu, Khidmat Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan diwujudkan bagi memastikan makanan yang diimport mematuhi piawai keselamatan makanan negara dan antarabangsa.

3.67 Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan pengumpulan, penggredan dan pemasaran hasil pertanian tempatan dan keluaran industri berasaskan makanan melalui penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN) serta pusat pengumpulan dan pengedaran yang baru di kawasan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, FAMA akan mengurus penambahan kontrak pembekalan keluaran pertanian, terutamanya dengan pemborong, pasar raya besar, pasar raya, hotel dan tempat peranginan.

3.68 Mekanisme untuk mendapatkan maklumat pasaran dan menjalankan perniagaan keluaran makanan menggunakan ICT akan dinaik taraf melalui peluasan sistem maklumat maya bagi penawaran dan permintaan (SDVI), perdagangan elektronik melalui portal FAMAXchange dan Agribazaar. Di samping itu, penyediaan 170 kemudahan tambahan Medan InfoDesa di kawasan luar bandar dijangka meningkatkan akses penduduk luar bandar kepada portal Agribazaar. LKIM akan memperkukuh lagi program pemasaran ikan melalui penglibatan lebih luas persatuan nelayan.

3.69 Pemasaran komoditi pertanian untuk industri, terutamanya minyak sawit akan bertumpu ke arah mewujud dan memperkukuh pasaran khusus melalui penubuhan rantaian proses pengeluaran di lokasi strategik di sekitar rantau tertentu dan menempatkan semula sebahagian daripada proses pembuatan di negara pengguna sebagai salah satu usaha untuk menembusi pasaran. Kriteria dan Petunjuk Bagi Pensijilan Pengurusan Hutan Malaysia (MC&I) yang diiktiraf sebagai kaedah pengurusan hutan secara mampan, akan diperluas untuk memenuhi keperluan negara pengimport, terutamanya Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

3.70 Konsul pertanian akan ditempatkan di negara terpilih yang mempunyai potensi pasaran eksport yang tinggi bagi keluaran makanan. Di samping itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia akan mempertingkat usaha untuk mempromosi keluaran pertanian dan keluaran berasaskan pertanian negara.

Meningkatkan Pendapatan

3.71 Langkah yang lebih efektif akan diambil untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan melalui peningkatan produktiviti dalam setiap sektor kecil pertanian. Pekebun kecil dan petani yang berusia lanjut akan digalakkan untuk menyertai skim keluar melalui penyatuan dan pemulihan tanah serta program tanam semula berkelompok. Pendapatan pekebun kecil getah dan kelapa sawit akan ditingkatkan melalui program tanam semula menggunakan klon berhasil tinggi berdasarkan konsep mini estet dan berkelompok serta pertanian campuran termasuk integrasi ternakan di ladang, akuakultur dan aktiviti ekonomi luar kebun. Pekebun kecil koko, lada hitam dan sagu, terutamanya di Sabah dan Sarawak akan disediakan bantuan kewangan untuk memulihkan kebun mereka melalui konsep estet serta menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian. Di samping itu, aktiviti yang dapat memberi pendapatan berterusan akan digalakkan dan latihan disediakan untuk meningkatkan kualiti hidup petani sara diri dan komuniti yang bergantung kepada hasil hutan.

3.72 Pesawah padi akan digalakkan untuk menyertai program mini estet dan tanaman berkelompok yang akan dilaksanakan oleh LPP dan Jabatan Pertanian serta Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Dianggarkan seramai 25,000 pesawah padi akan mendapat manfaat daripada program ini dengan purata pendapatan bertambah daripada RM3,900 hingga RM7,800 sehektar setahun. Penekanan juga akan diberikan untuk menambah penyertaan mereka dalam Projek Sepuluh Tan Sehektar. Di samping itu, pesawah padi digalak untuk melibatkan diri dalam aktiviti pemprosesan makanan termasuk keluaran berasaskan beras.

3.73 Usaha akan diambil untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup peneroka dan generasi baru FELDA. Sehubungan ini, kawasan terpilih di skim pembangunan tanah FELDA akan dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan baru yang mengandungi aktiviti industri hiliran serta dilengkapi infrastruktur dan kemudahan sosial yang lebih baik. Di samping itu, penglibatan peneroka dan generasi baru dalam aktiviti bukan kebun termasuk aktiviti industri berasaskan pertanian dan kraftangan akan ditingkatkan lagi. Seramai 9,390 usahawan baru dijangka diwujudkan dengan memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

3.74 Kualiti hidup nelayan pantai akan ditingkat melalui program sosioekonomi. Keupayaan nelayan pantai akan dipertingkat dengan menaik taraf bot, enjin dan alat penangkapan. Mereka juga akan digalakkan untuk melaksanakan aktiviti penternakan ikan dan pemprosesan berasaskan ikan untuk menstabilkan pendapatan mereka. Pendapatan penternak kecil akan dipertingkat melalui penglibatan dalam kontrak pembekalan keluaran ternakan. Penanam tembakau yang tidak cekap akan digalak menukar tanaman mereka secara beransur-ansur kepada tanaman alternatif yang dapat memastikan pendapatan berterusan melalui pelaksanaan kontrak pembekalan.

3.75 Untuk mempertingkat pendapatan isi rumah miskin dalam sektor pertanian, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) serta program khusus untuk mempelbagai sumber pendapatan di kalangan petani, penternak dan nelayan akan diperluas lagi untuk memberi manfaat kepada lebih ramai isi rumah. Sejumlah 70,000 keluarga miskin dijangka mendapat manfaat daripada program ini yang merangkumi program bina upaya dan penyediaan bantuan rumah secara percuma kepada keluarga miskin tegar serta aktiviti menambah pendapatan, iaitu peserta akan memperoleh pendapatan tambahan minimum sebanyak RM500 sebulan. Satu mekanisme akan diwujudkan untuk memantau dengan rapi keberkesanan program ini ke atas kumpulan sasar.

Menambah Baik Sistem Penyampaian Perkhidmatan

3.76 Penyusunan semula agensi pertanian terutamanya yang terlibat dalam pembangunan komoditi makanan akan dilaksana untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan membantu pencapaian sasaran pertumbuhan sektor pertanian. Pelbagai aktiviti pertanian akan diurus dan dipantau secara bersepadu untuk mengelakkan pertindihan fungsi dan kumpulan sasar serta mengoptimumkan penggunaan sumber. Pendekatan bersepadu ini akan membantu pembangunan aktiviti nilai ditambah di sepanjang rantaian nilai termasuk pemprosesan berasaskan pertanian.

3.77 Penempatan pegawai dan kakitangan pelbagai agensi pertanian akan dilaksana berasaskan kepada pengezonan kawasan pengeluaran. Usaha ini termasuk menyusun semula dan menggabungkan cawangan di kawasan yang bukan lagi menjadi tumpuan pertanian. Anak syarikat agensi pertanian akan dikaji semula untuk memperkukuh keberkesanannya dalam pembangunan pertanian. Di samping itu, aktiviti pemasaran FAMA akan diselaraskan dengan Syarikat Pertanian dan Makanan Nasional (NAFC). Sehubungan ini, FAMA akan memberi tumpuan dalam membantu pemasaran keluaran pertanian oleh petani dan usahawan kecil serta melaksanakan fungsi kawal selia. Pemasaran dan pengedaran keluaran pertanian dan produk berasaskan pertanian berskala besar termasuk untuk eksport akan dilaksanakan oleh NAFC. Peranan LPP akan diperkukuh untuk menggalakkan penglibatan pertubuhan peladang dalam pelbagai aktiviti berkaitan pertanian di sepanjang rantaian nilai, pengkomersilan kebun kecil serta kontrak pembekalan keluaran pertanian dan estet nukleus.

3.78 Pembangunan industri lada hitam akan diperkukuh melalui penyusunan semula Jemaah Pemasaran Lada Hitam untuk mengambil alih tanggungjawab Jabatan Pertanian Sarawak berhubung dengan pengeluaran dan R&D lada hitam. Bagi mempercepat pembangunan industri kenaf dan herba, MOA akan dipertanggungjawabkan untuk menyelia pembangunan industri tersebut. Profesional daripada sektor swasta akan dilantik sebagai perintis untuk mengurus projek pertanian di kawasan terpilih. 



Lapuran Lengkap boleh didapati di sini:-



 

Sunday, November 1, 2009

Politik katak, melompat. Politik ITIK, menyudu.



Kalau bermain dengan itik ni boleh buat kita terleka.
Masa berlalu tanpa disedari, terlalu pantas.
Tup-tup dah sebulan lebih. Itik-itik pun dah bulat
dan montel-montel. Makannya tak boleh tiada.
Pukul lapan pagi dah bising panggil kita suruh
bagi makanan dia. Lepas je makan, kerja dia menyudu.
Pantang jumpa air, menyudu sana sini.



Memangnya lumrah itik ni, menyudu tak berenti.


Makanan yang kami beri buat masa ini masih lagi
dengan "Grower" dicampurkan dengan dedak beras
hancur. Kekadang tu masak nasi hancur dan campur
kemukut. Itu hari kami dapat dari Tokai RM5 je seguni.
Amik lah 3 guni sampai senget bonet keta. 180kg tuuu.
Boleh "save" banyak gak.Grower satu guni dah cukup kot.
Kalau 3 guni "grower" dah RM261.


Kawasan kebun Cili Pendang dah nampak menghijau
sikit sejak pokok bendi timbul. Baru nampak rupa kebun.
Sebelum ni muram je lepas abis cili.








Hujung minggu, anak sedara mai melawat. Depa nak main ngan itik.
Mula-mula tu takut, lepas tu depa jadi tukang ligan itik.
Sampai tak mau balik.
Tengah hari tu, seronok lah makan ramai-ramai. Walaupun
belauk kicap dan ikan termenung je.





OK, salam ceria buat semua.